• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mauritius Tingkat Industri Melalui Kerjasama Angkasa

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mauritius menyasarkan untuk meningkatkan import makanannya dan industri berkaitan yang lain susulan kerjasama antara Kementerian Perniagaan, Perusahaan dan Koperasinya dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa).

“Melalui kerjasama kami dengan Angkasa, kami berharap dapat meningkatkan import kami bagi produk makanan Malaysia.

“Selain itu, kami turut berharap industri perikanan dan pelancongan kami dapat dipertingkatkan melalui bantuan yang akan diberikan oleh Angkasa, terutamanya dalam latihan dan pembangunan perniagaan, selain peluang perniagaan yang akan kami peroleh daripada platform perniagaan Angkasa,” kata Menteri Perniagaan, Perusahaan dan Koperasinya, Soomilduth Bholah hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah di sini.

Bholah berkata republik itu telah mengimport pelbagai produk makanan dari Malaysia termasuk biskut, jus dan makanan kering.

Sementara itu, Mauritius telah menubuhkan badan koperasi apex baru-baru ini yang akan mempunyai peranan dan tanggungjawab sama seperti Angkasa dan ia dijangka memberi bantuan dari segi latihan dan pembangunan perniagaan kepada badan baharu itu.

“Angkasa akan mengenal pasti keperluan republik itu dalam latihan dan pembangunan koperasi, dan kami akan menyesuaikan dengan sewajarnya untuk membantu koperasi di Mauritius berkembang,” kata Abdul Fattah, sambil menambah badan apex Mauritius itu mempunyai 12 kakitangan manakala latihan dan program pembangunan akan bermula pada 2018.

Mauritius mempunyai 1,200 koperasi yang beroperasi di seluruh negara dan merancang untuk mewujudkan kolej koperasi di negara itu.

“Kami mempunyai lebih 125,000 koperasi serta perusahaan kecil dan sederhana di seluruh negara, dan secara keseluruhan, mereka menyumbang sehingga 50 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Mauritius,” kata Bholah. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

Ronnie Liu Jual Baju Rukun Negara

Ronnie Liu Jual Baju Rukun Negara

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mempromosikan penjualan baju-T khas bertemakan Rukun Negara. Menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd