• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marawi Umpama ‘Bandar Hantu’ Selepas Perang

oleh Ahmad Albab
03/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UMPAMA sebuah bandar hantu… Itu keadaan terkini di Marawi, selatan Filipina selepas tamat pertempuran sejak bulan lalu antara tentera kerajaan dan kumpulan militan Abu Sayyaf (ASG).

Kesan runtuhan bangunan, tembakan di dinding dan keadaan sunyi menyelubungi bandar berkenaan dan semua penduduk di kawasan itu diarahkan berpindah berikutan usaha kerajaan Filipina membersihkan lokasi pengganas.

Sumber pemimpin kanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) memaklumkan kepada Harian Metro, hampir semua kawasan di bandar berkenaan terjejas teruk akibat pertempuran sengit dengan militan sejak sebulan lalu.

“Ia seumpama bandar hantu, tiada penduduk, hanya kesan runtuhan bangunan, kesan tembakan di dinding. Bandar ini boleh dikatakan lumpuh sepenuhnya.

“Sebaik keadaan tenang di beberapa kawasan, beberapa penduduk kampung ada melakukan rondaan dan mendapati hampir semua bangunan mengalami kerosakan teruk,” katanya, di sini, semalam.

Sumber itu menjelaskan biarpun pertempuran antara tentera kerajaan dan ASG mulai berkurangan, terdapat lima peratus kawasan masih dikuasai pengganas.

Menurutnya, talian telekomunikasi di Marawi lumpuh sepenuhnya dan penduduk memaklumkan bandar itu tidak mempunyai elektrik akibat daripada kesan pertempuran.

“Berdasarkan seluruh bandar ini, hanya tinggal lima peratus saja yang dikuasai kumpulan pengganas Maute.

“Kebanyakan kawasan sudah dikuasai tentera kerajaan (Filipina). Pihak berkuasa sudah membenarkan untuk penduduk balik ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, mereka memutuskan untuk terus berada di luar Marawi memandangkan rumah mereka hancur akibat pertempuran,” katanya. – myMetro Online

Tags: FilipinaMarawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd