• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Mula Bersihkan Kediaman Masing-Masing

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Setelah dilanda banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini, kebanyakan penduduk terlibat mula bertungkus lumus membersihkan kediaman masing-masing.

Tinjauan Bernama mendapati rata-rata mangsa banjir di sekitar kawasan Kampung Kolam, Kampung Nyior Sebatang, Padang Cempedak, Simpang Tiga Taitong, Pokok Tampang dan beberapa kawasan lain giat memunggah keluar perabot dan perkakas rumah yang rosak teruk untuk dibuang.

Aminah Ali, 53, berkata buat masa kini fokus utamanya ialah untuk membersihkan sisa-sisa lumpur dan sampah sarap yang terperangkap di dalam rumahnya.

“Lepas banjir mula surut, ada banyak kesan lumpur tebal yang perlu dibersihkan, termasuk ruang tamu rumah, bahagian dapur dan dua bilik tingkat bawah,” katanya yang tinggal bersama suami yang lumpuh berumur 63 tahun dan tiga orang anak.

Aminah yang telah mendiami Kampung Kolam sejak 32 tahun lalu, berkata walaupun sedih atas musibah yang menimpa keluarganya, mereka reda dan bersedia jika berlaku gelombang kedua.

Annamah Maridas, 46, yang tinggal di Simpang Tiga Taitong, berkata beberapa perkakasan rumah kedai yang didiaminya sejak 20 tahun lepas rosak dan terpaksa menanggung kerugian apabila tiga peti sejuk rosak sepenuhnya.

Dia yang tinggal bersama suami dan tiga anak termasuk seorang anak kelainan upaya berumur 24 tahun, turut berterima kasih kepada jiran-jiran yang sudi membantu walaupun rumah mereka juga terjejas akibat banjir.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar kawasan tersebut mendapati madrasah Tahfiz Al-Irsyad (L), Nyior Sebatang turut terjejas dalam kejadian banjir berkenaan.

Banyak kitab, buku, perabot dan beberapa peralatan elektrik diletakkan di luar premis bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan.

Tenaga pengajar, Ustaz Suhairi Bahadzor berkata musibah banjir ini sedikit sebanyak dapat mengajar pelajar madrasah lebih sabar dan reda dengan ketentuan Allah.

“Buat masa ini, hanya pelajar yang berumur 12 tahun ke atas datang untuk membersihkan madrasah. Mungkin mengambil masa yang agak lama (proses pembersihan) sebab banyak barang rosak dan tidak boleh diguna lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: banjir Pulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tokong Di Pulau Pinang Dilarang Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Cetus Reaksi

Tokong Di Pulau Pinang Dilarang Anjur Rumah Terbuka Aidilfitri, Cetus Reaksi

08/04/2026
0

PULAU PINANG – Hasrat sebuah persatuan tokong untuk menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri tidak kesampaian selepas tidak mendapat kebenaran pihak...

Sibuk Kecam Kelantan, Pulau Pinang Pula Banjir

29/10/2018
0

SEJURUS selepas menghalakan kritikan kelemahan pentadbiran kepada negeri Kelantan, negeri yang Lim Guan Eng menjadi ketua menterinya sehingga Mac lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd