• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat 449 Orang Pagi Ini

oleh Ahmad Albab
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini meningkat kepada 449 mangsa 8 pagi ini berbanding 317 pada 9.30 malam tadi.

Ia berikutan hujan lebat berterusan sejak Sabtu yang menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa jajahan di seluruh negeri mula dilanda banjir.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kota Bharu, sebanyak 98 mangsa daripada 21 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu di Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kok Lanas dan Dewan Orang Ramai Pasar Melor.

Sementara itu, di Pasir Mas terdapat 50 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di sebuah PPS iaitu Madrasah Haji Daud manakala di Tanah Merah, dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Kelewek, Bukit Panau dan Madrasah Padang Kijang masing-masing melibatkan 39 dan 20 mangsa.

Di Pasir Puteh pula, 223 mangsa daripada 72 keluarga ditempatkan di tiga PPS melibatkan Sekolah Kebangsaan Kamil 1 (52 mangsa daripada 21 keluarga), SK Changgai (147 mangsa daripada 46 keluarga) dan SK Wakaf Raja (24 mangsa daripada lima keluarga).

Di Machang, seramai 10 mangsa membabitkan empat keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Pei Hwa (empat), Madrasah Sungai Mas (lima) dan SK Pangkal Meleret (seorang).

Hingga kini, dilaporkan hujan renyai di seluruh negeri.

Menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hingga 7 pagi tadi, bacaan paras air di Sungai Galas di Dabong meningkat kepada 33.46 meter (m) (berjaga-jaga 32m), Sungai Lebir di Tualang kepada 27.06m (berjaga-jaga 27m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai kepada 20.03m (berjaga-jaga 20m).

Sementara itu, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas terus menunjukkan peningkatan kepada 8.94m (bahaya 8m) pada 7 pagi ini berbanding 8.13m pada 9 malam tadi. – BERNAMA

Tags: Kelantanmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd