• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kedah Tinggal 54 Orang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di beberapa tempat di Kedah pukul 8 pagi ini terus menurun kepada 54 orang berbanding 212 orang malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata, hanya dua pusat pemindahan yang menempatkan 14 keluarga dibuka di Kubang Pasu.

Di mukim Jitra, terdapat 24 mangsa ditempatkan di Dewan Tokong Cina, manakala di Dewan kubur Siam yang sebelum ini menempatkan 158 mangsa banjir telah pun ditutup kira-kira pukul 9 malam tadi dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang.

Di mukim Malau, jumlah mangsa kekal 30 orang yang masih ditempatkan di pusat pemindahan di Kampung Lahar.

Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah mangsa banjir dijangka akan terus berkurangan berikutan kebanyakan kawasan mulai surut dan melancarkan aliran air ke sungai.

Kemungkinan beberapa pusat pemindahan akan ditutup jika cuaca cerah hari ini, katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd