• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, January 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAB Di Landasan Pelan Pemulihan – Kapten Izham

oleh Ahmad Albab
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Malaysia Airlines (MAB) yakin Pelan Pemulihan MAB (MRP) lima tahunnya berjalan lancar dan mengikut jadual.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Group Kapten Izham Ismail berkata sejajar dengan pelan MRP yang diumumkan pada 2014, fokus MAB bukan hanya mencatatkan keuntungan, tetapi turut menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai ikon negara, selain menjadi penggerak ekonomi, jalinan domestik dan hubungan kepada dunia.

“Kami mempunyai banyak tugas untuk dilakukan dan dengan 14,000 kakitangan, MAB berusaha keras untuk pemulihan. Kami sedar terdapat sedikit kekurangan dalam perkhidmatan kami, tetapi akan terus melakukan yang terbaik. Dalam pada itu, MAB akan membanggakan negara,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menyambut pesawat A350-900 XWB pertama MAB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini, Izham berkata ia juga simbol perjalanan baharu bagi Malaysia Aviation Group dalam menuju ke arah memuktamadkan MRP, yang penting untuk mengukuhkan semula kumpulan tersebut sebagai entiti yang mampu dari segi kewangan dan mencatat keuntungan yang mampan.

Pesawat A350 XWB disambut secara rasminya oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Pengerusi Malaysia Aviation Group, Tan Sri Md Nor Yusof dan Izham.

“Dengan kemajuan teknologinya, A350 XWB akan membantu meningkatkan daya saing kami bagi penerbangan jarak jauh dan menggariskan komitmen kami untuk mengendalikan kumpulan pesawat baharu dan moden,” kata Izham.

Sementara itu, Johari berkata MAB akan menjadi syarikat pertama menikmati pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018.

Pengimportan item seperti pesawat dan kapal oleh syarikat penerbangan dan syarikat perkapalan yang didaftarkan di Malaysia akan diberi pelepasan GST.

Pembelian pesawat itu akan menelan belanja antara US$200 juta dan US$300 juta dan ini dianggap sebagai item untuk pengecualian GST.

Pesawat A350 XWB mempunyai ciri-ciri reka bentuk aerodinamik terkini dunia, fiuslaj dan sayap gentian karbon, selain enjin Rolls-Royce Trent XWB baharu yang cekap bahan api, dengan pengurangan sebanyak 25 peratus bagi pelepasan dan pembakaran bahan api serta kos penyelenggaraan yang rendah.

MAB telah menempah enam pesawat A350 XWB dan akan menerimanya secara berperingkat pada suku kedua 2018.

Semuanya dalam pajakan daripada Air Lease Corporation (ALC).

Pesawat A350 XWB akan beroperasi bagi sektor Kuala Lumpur-London mulai 15 Jan, 2018.

Pesawat yang disusun atur dalam tiga kelas dengan 286 tempat duduk, pesawat A350 XWB Malaysia Airlines merupakan yang pertama di Asia mempunyai kabin Kelas Pertama. — BERNAMA

Tags: MAB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Airlines Tawar Cuti Tanpa Gaji 13,000 Kakitangan

12/03/2020
0

SHAH ALAM - Seramai 13,000 kakitangan Malaysia Airlines Berhad diminta mengambil cuti tanpa gaji susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang...

Khazanah Nasional Teruskan Kerjasama Dengan MAB

02/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd. hari ini berkata, ia akan terus bekerjasama dengan kerajaan dan Malaysia Airlines (MAB) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd