Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

PPA1M Bukit Jalil Siap...

HEBAT... Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil, yang pelaksanaannya siap 17 bulan lebih...

Covid-19: 1,544 Kes Baru,...

Sebanyak 1,544 kes baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam, dengan jumlah terkumpul...

Rabies: Tiada Kes Terbaru...

MELAKA - Kementerian Kesihatan tidak menerima sebarang laporan baharu kes penyakit anjing gila atau rabies di negara...

“Shah Alam PAN Punya,...

SHAH ALAM - Hasrat Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali 'lari' ke kerusi...

Kongres Khas DAP: LGE Puji BN, Nama Tokoh PH Tiada?

SHAH ALAM – Mungkin bimbang kes skandal rasuah hartanahnya mula dibicarakan di mahkamah minggu depan, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ‘terpaksa’ memuji Barisan Nasional (BN).

Langkah pelik tetapi lucu beliau itu yang memuji musuh ketat politiknya berhubung isu banjir di Pulau Pinang minggu lalu dijangka mungkin cetus perasaan kurang senang dalam kalangan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

Berucap pada Kongres Khas DAP sempena pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) di sini hari ini, Ahli Parlimen Bagan itu secara terbuka memuji ramai tokoh BN sama ada peringkat Persekutuan atau negeri.

Guan Eng dilaporkan media tempatan berkata bahawa usaha pemimpin BN itu berjaya mendekatkan semua pihak yang terlibat dalam bencana terburuk itu sebagai rakyat Malaysia tanpa kira perbezaan kaum, agama atau politik.

“Saya menghargai kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan atas tindakan pantasnya terhadap mesej rayuan saya untuk memohon bantuan kecemasan dengan segera pada hari yang malang itu pada awal pagi 5 November lalu.

“Saya berterima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Tan Sri Noh Omar atas bantuan mereka.

“Saya juga ingin ucap terima kasih kepada pihak bomba, polis, Rela dan semua agensi negeri dan Persekutuan, serta banyak pertubuhan bukan kerajaan kerana bersungguh-sungguh bantu dengan ikhlas,” luah Guan Eng sayu.

Namun dalam pujian tersebut hanya terselit satu sahaja pemimpin PH iaitu Azmin dan beliau langsung tidak pula menyebut nama Ketua Pembangkang, Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Parlimen PKR di Permatang Pauh.

Guan Eng juga tidak sebut nama rakan gabungan PH lain padahal mereka sepatutnya lebih banyak hulur bantuan daripada kerajaan BN yang sering dikutuk beliau selama ini tanpa henti termasuk digelar hina sebagai parti gila!


Bukan untuk mempolitikkan keadaan, namun rakan gabungan empat parti komponen PH itu dilihat lebih ‘sibuk’ berarak dari Parlimen ke Dataran Merdeka memperingati 1,000 hari Anwar Ibrahim dipenjara atas kesalahan liwat.

Justeru jika Ketua Menteri Pulau Pinang itu benar-benar menghargai usaha rakannya dalam PH, nama pemimpin utama pembangkang seperti Wan Azizah dan Pengerusi PH, Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak patut tercicir.

Mungkin juga, Wan Azizah tidak meminta DAP untuk sebut namanya sebagai tanda penghargaan, tetapi ia seolah-olah mengabai terus penghormatan yang sepatutnya diberikan kepadanya sebagai Ketua Pembangkang.

Sementara itu, Guan Eng berkata sehingga pukul 7.30 pagi tadi, tabung bantuan banjir Pulau Pinang anjuran DAP menerusi akaun parti tersebut sendiri sudah menerima sejumlah RM7.5 juta hasil sumbangan orang ramai.

Dalam kejadian banjir terburuk di negeri itu pada 4 dan 5 November lalu, tujuh orang dilaporkan terkorban manakala kerugian harta benda ditaksirkan bernilai jutaan ringgit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori