• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Sentiasa Urus Kewangan Dengan Baik

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak mengamalkan pengurusan kewangan yang efisien dan berhemah dalam perbelanjaan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata disebabkan pengurusan kewangan yang baik telah membolehkan Sarawak memiliki rizab yang banyak bagi membolehkannya menubuhkan banknya sendiri, Development Bank of Sarawak (DBOS) serta melangkah ke hadapan untuk membangunkan ekonomi digitalnya.

Abang Johari berkata demikian ketika melancarkan Karnival Kewangan anjuran bersama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Pusat Pameran Cityone di sini hari ini.

Turut hadir Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Menurut Abang Johari, pengurusan kewangan negeri yang baik itu diamalkan sejak era dua ketua menteri yang terdahulu, iaitu Tun Abdul Taib Mahmud dan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Menyentuh inisiatif ekonomi digital negeri ini, Abang Johari berkata langkah beralih daripada ekonomi konventional ke ekonomi digital adalah untuk meningkat kedudukan ekonomi negeri ini dan menyediakan lebih banyak peluang ekonomi kepada rakyat untuk mereka memperoleh pendapatan yang tinggi.

“Digital ekonomi juga akan dapat mengurangkan jurang taraf kehidupan antara penduduk bandar dan luar bandar,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM1 bilion untuk menyediakan pelbagai infrastruktur digital dan teknologi bagi meningkatkan ketersambungan dan kelajuan internet serta jalur lebar di kawasan bandar dan luar bandar.

Beliau berkata di kawasan bandar kelajuan jalur lebar dijangka sehingga 100 megabit sesaat dan 25 hingga 50 megabit sesaat di kawasan luar bandar.

“Sarawak mengambil negara Astonia sebagai model dalam pembangunan ekonomi digitalnya dan inisiatif ini akan memanfaatkan kesemua sektor ekonomi kita,” katanya.

Menurut Abang Johari, dengan adanya kemudahan internet dan jalur lebar berkelajuan tinggi masyarakat peniaga di negeri ini akan mudah berurusan dengan rakan niaga di luar negara, sekali gus memudahkan urusan perniagaan mereka.

Di samping itu, katanya Sarawak juga perlu mempertingkatkan kemudahan logistik dan pengangkutan sambil beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana amat prihatin dengan keperluan negeri ini dengan meluluskan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

“Dengan adanya sistem jalan raya yang baik ia pasti akan memudahkan petani dan pengusaha ladang mengangkut keluaran pertanian masing-masing untuk pasaran eksport,” jelas beliau.

Abang Johari berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Sarawak juga turut memperuntukkan RM100 juta sebagai biasiswa kepada pelajar dari negeri ini untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dalam pelbagai bidang mengikut keperluan ekonomi digital.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Bank Negara kerana meluluskan had pembayaran Sarawak Pay daripada RM200 kepada RM3,000. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

Penilaian Pasca-Latihan Ketenteraan Akan Dilaksanakan – MKN

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, penilaian pasca-latihan ketenteraan akan dilaksanakan bagi meneliti keberkesanan serta sebarang impak yang...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd