Tuesday, July 16, 2024

Creating liberating content

GST Tidak Mansuh, Tetapi...

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) hari ini menetapkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST)...

Rusia Undur Tentera Dari...

MOSCOW : Rusia mula mengundurkan pasukan tenteranya dari Kyiv selepas mengumumkan akan ‘mengurangkan...

Usul Mahathir Burukkan Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan usul undi tidak percaya...

M’sia Hantar 34 Pegawai...

KUALA LUMPUR - Seramai 34 pegawai Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan (NGO)...

Kes Dadah: Anak Husam Mengaku Tak Bersalah

KOTA BHARU – Anak lelaki Datuk Husam Musa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kota Bharu terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 20 gram.

Tertuduh, Ahmad Syafi Husam, 29, malah mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli di sini hari ini.

Husam merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor yang baru-baru ini gagal mendapat injunksi mahkamah terhadap pemilikan Wisma Tok Guru di sini.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya tersebut di tepi sebuah rumah beralamat 409, Jalan Pasir Mas-Salor, Kampung Jelutong, Kota Bharu pada 3.30 petang, 18 November lalu.

Kes didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (1) akta sama membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Shahirun Azri Mohd. Nordin menawarkan jaminan sebanyak RM15,000. Husam namun tidak kelihatan hadir di mahkamah berkenaan.


Bagaimanapun tertuduh yang diwakili lima peguam diketuai Firdaus Mohd Yusof memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan sebanyak RM8,000.

Beliau memberi alasan bahawa dalam kes itu, anak guamnya yang juga anak sulung daripada tujuh beradik akan memberi kerjasama kepada mahkamah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan 14 Januari 2018 ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk meneliti laporan kimia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori