• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Kena Tarik, Pemandu Teksi Meraung Minta Simpati

oleh
12/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

APA perasaan anda jika kenderaan ditarik oleh pihak berkuasa? Adakah anda meraung untuk minta simpati atau hanya ikut arahan dan selesaikan dengan mematuhi prosedur yang sudah ditetapkan?

Inilah berlaku apabila tular satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan seorang pemandu teksi telah meraung kuat sambil menjerit meminta simpati supaya kenderaannya itu tidak ditarik oleh pihak berkuasa.

Kejadian dikatakan telah berlaku di Indonesia tetapi tidak diketahui masa. lokasi dan tarikh sebenarnya. Menurut komen menerusi beberapa media sosial, lelaki itu telah meletakkan kenderaannya di tempat yang tidak sepatutnya.

Secara kebetulan pula pada ketika itu pihak berkuasa perbandaran sedang menjalankan tugas mereka dengan menyaman mana-mana kenderaan yang didapati memang jelas melanggar peraturan trafik.

“Tak mahu! Ini kereta saya! Tak mahu!” kata lelaki berkenaan sambil menjerit. Pihak berkuasa yang ingin menjalankan tugas mereka kelihatan agak berang kerana lelaki tersebut tidak pula mahu memberikan kerjasama.

Namun, rata-rata netizen yang meninggalkan komen semuanya bersimpati atas nasib pemandu teksi tersebut.

Ada yang mengatakan bahawa kos sara hidup di Indonesia agak tinggi bagi sesetengah golongan.

Jadi disebabkan itu lelaki tersebut telah meraung dan meminta ihsan pihak berkuasa tidak menarik teksinya agar dia dapat mencari rezeki buat ahli eluarganya.

Sudahlah tidak punya banyak duit, kini dia terpaksa pula membayar wang denda untuk mendapatkan semula kenderannya itu.

Tapi sebenarnya salah itu masih terletak kepada pemandu teksi berkenaan kerana jelas kesalahannya dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Tidak menjadi masalah jika pihak berkuasa ingin menarik keretanya kerana kesalahannya sendiri. Bagaimanapun, kita tidak boleh terus menuduh tanpa sebarang usul periksa.

Soalnya rakaman video tersebut hanya terhenti di situ sahaja dan selepas itu tidak diketahui apa yang terjadi. Mungkin ada sebab lain mengapa lelaki itu sendiri meraung sedemikian rupa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Indonesiapemandu teksitarik kereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd