• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Selangor Tidak Amal Prinsip Sendiri

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Kerajaan Selangor disifatkan tidak mengamalkan prinsip kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan mereka apabila bertegas memberhentikan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu, menerusi arahan yang dikeluarkan pada Khamis lalu, jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri itu hanya memperjuangkan perkara yang berkepentingan kepada mereka sahaja.

Beliau menambah, tindakan itu juga menunjukkan sikap sebenar pembangkang yang hanya berpura-pura memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

“Pembangkang hanya ingin menjadi juara hak asasi yang menguntungkan mereka. Keputusan menghentikan langganan akhbar ini seperti tidak memberikan kebebasan kepada media melaporkan perkara yang boleh membawa keuntungan kepada rakyat.

“Kalau mereka diberi peluang memerintah negara satu hari nanti, saya fikir semua orang tidak boleh bercakap… payahlah kalau macam ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Khidmat Sosial Doktor Muda di Padang Awam Kampung Bukit Serdang di sini, hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas arahan memberhentikan langganan akhbar berkenaan yang tular di laman sosial dan perkara itu disahkan melalui salinan surat pekeliling ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya bertarikh 9 November.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah tindakan itu juga menunjukkan kerajaaan negeri Selangor seolah-olah tertekan menjelang pilihan raya umum sehingga mahu mengawal sumber maklumat.

“Peranan akhbar arus perdana tidak boleh dinafikan dalam menyampaikan berita yang berkualiti dan mereka mempunyai integriti dalam menjalankan tugas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Utusan Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

01/11/2019
0

PETALING JAYA - Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd