• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Syarikat Media Bakal Buang Pekerja, Dijangka 2,500 Orang

oleh
01/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Dunia media Malaysia bakal menyaksikan satu lagi pusingan pengurangan pekerja selepas situasi membabitkan tenaga kerja Utusan Melayu, penerbit empat akhbar bahasa Melayu, awal bulan lalu.

Difahamkan konglomerat yang mengendalikan pelbagai platform media, menjangkaui seluruh negara bakal mengurangkan pekerjanya kepada satu pertiga berbanding saiz semasa.

Sumber juga memberitahu FMT, pengurusan kanan telah memanggil untuk satu mesyuarat hari ini, susulan mesyuarat lembaga pengarah, untuk mengumumkan rancangan pemberhentian pekerja.

“Butiran pelan yang akan dibentangkan ini boleh menjejaskan lebih 2,500 pekerja termasuk wartawan,” kata satu sumber kepada FMT.

Difahamkan sekurang-kurangnya 500 pekerja editorial akan terkesan dengan keputusan itu.

Konglomerat itu pernah mengurangkan tenaga kerja kira-kira lima tahun lalu di semua peringkat editorial kumpulannya.

Langkah itu dilihat sebagai tanda terbaru industri media di negara ini masih jauh dari tahap pemulihan berikutan berlakunya penutupan dan penyusunan semula operasi.

Pada 9 Oktober, Utusan Melayu yang menerbitkan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad mengumumkan penerbitan terakhir mereka. Ia membabitkan lebih 800 orang pekerja.

Syarikat itu difahamkan memerlukan sehingga RM400 juta untuk menyelesaikan liabiliti dan pampasan membabitkan 1,500 pekerja keseluruhannya. Tahun lalu ia telah menghentikan lebih 700 pekerja.

Sementara itu, dilaporkan bahawa Berjaya Media, yang menerbitkan akhbar Sun, akan dinyahsenaraikan dari Bursa Malaysia minggu depan. Pada hari Rabu, saham syarikat mencecah 58.54% (12 sen), kejatuhan paling tinggia dalam sejarah. – FMT

Tags: berjaya mediaKosmo!sunUtusan MalaysiaUtusan Melayu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KP Sinar Harian Meninggal Dunia

17/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, merangkap Ketua Pegawai Pengisian, Datuk Baharom Mahusin, 53, dilaporkan meninggal dunia pagi...

Beri Cadangan Membina, Bukan Rai Orang Hilang Kerja

17/10/2019
0

SHAH ALAM - Penasihat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Khalid Jaafar sepatutnya menggunakan peluang sebagai ahli panel dengan memberi cadangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd