• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pahang Tubuh Badan Amanah Pengurusan

oleh AK-47
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan Pahang menubuhkan badan amanah pengurusan Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini, bagi memastikan ia tidak terjejas dengan pembangunan termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata badan amanah itu diterajui oleh Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Tujuan penubuhan badan amanah ialah untuk mengekalkan kedudukan taman itu dan merupakan komitmen kerajaan untuk mengekalkannya walaupun berlaku pembangunan,” katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Shafik Fauzan menjawab soalan tambahan Sim Chon Siang (PKR-Teruntum) yang mengutarakan kebimbangan masa depan taman pertanian itu ekoran pembangunan pesat di kawasan sekitarnya termasuk laluan ECRL di belakang taman tersebut dan projek pembangunan KotaSAS.

Sementara itu, menjawab soalan Lee Chean Chung (PKR-Semambu) berhubung perbelanjaan untuk menguruskan taman pertanian berkenaan, Shafik Fauzan berkata sebanyak RM3.5 juta telah diperuntukkan bagi tempoh 2011 hingga 2016.

“Bagaimanapun, hasil yang berjaya dikutip tidak sampai sampai setengah juta, iaitu RM489,576. Oleh itu, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan pelaburan daripada syarikat berkaitan kerajaan.

“Antaranya Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk mengubah landskap fizikal dan menjadikan taman pertanian itu sebagai taman botani bagi menarik kehadiran orang ramai untuk bersantai,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang Datuk Mohd Johari Hussain memaklumkan seramai 49 atlet Pahang telah beraksi mewakili negara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Beliau yang menjawab soalan Datuk Mohamed Ariffin Awang Ismail (BN-Chenor) menambah seramai 17 atlet pula berjaya menyumbang pingat emas dalam lapan acara yang disertai mereka antaranya pencak silat, karate-do, hoki padang, bola jaring dan polo.

“Untuk menghargai sumbangan mereka, kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Pahang telah memberikan Insentif Kemenangan Sukan yang keseluruhannya berjumlah RM89,100 pada 27 Sept lalu yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah,” katanya.

Sidang DUN bersambung semula esok. – BERNAMA

Tags: Datuk Shafik Fauzan SharifECRL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

Curi Kabel ECRL: Dua Lagi Lelaki Berjaya Ditahan

03/10/2025
0

TEMERLOH - Polis berjaya menahan dua lagi lelaki termasuk seorang warga asing dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel Projek Laluan...

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd