Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

Kedah Bentang Bajet 2023

Alor Setar : Kerajaan negeri Kedah membentangkan Bajet 2023 berjumlah RM1.059 bilion dengan...

PH Kekal Cadangan Tiga...

SANDAKAN: Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan Tmbalan...

Pengurusan Bencana Kerian Siap...

BAGAN SERAI - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian sedang bersiap siaga menghadapi kemungkinan...

Dedah Kelemahan DEIG Demi...

SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin...

Kemungkinan Salji Lebat: Pasukan Khas Ditubuhkan

SEJONG (Korea Selatan) – Pasukan petugas khas dengan kerjasama kerajaan tempatan dan wilayah, akan menyediakan pelan kontingensi sebagai persiapan menghadapi kemungkinan salji lebat, ketika berlangsungnya Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Pasukan petugas yang ditubuhkan pada Mac itu, dianggotai 17 badan kerajaan dan jawatankuasa penganjur, akan membantu PyeongChang serta wilayah di negeri itu, untuk menangani masalah salji dengan lebih berkesan.

PyeongChang terletak di wilayah timur Gangwon, tempat salji lebat sering berlaku. Tahun ini, kapasiti pembuangan salji di lebuh dan jalan raya di negeri itu, meningkat 130 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pegawai yang ditugaskan untuk membuang salji yang melitupi lebuh raya juga ditambah dari 336 kepada 436 orang. Petugas untuk jalan raya biasa pula meningkat seramai 515 orang daripada 459.


Temasya sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang, akan berlangsung dari 9 hingga 25 Febuari. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • salji

Kategori