Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Ramai Rakyat M’sia Tidak...

KLANG - Lebih 80 peratus rakyat Malaysia tidak memakan sayuran dan buah-buahan yang...

MCA Sedia ‘Gempur’ Kit...

SEGAMAT - MCA sedia 'menggempur' pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di kerusi...

39 Mati, 40 Cedera...

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 39 terbunuh dan 40 yang lain cedera selepas dua lelaki...

“Hanya Puteri Najwa Bekas...

Mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut atau sekadar berkias dalam kenyataannya sebelum ini,...

Piala Asia: Malaysia Tumpas 1-4 Kepada Korea Utara

BURIRAM – Kempen Malaysia dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2019 seakan sudah hampir ke penghujung apabila tumpas 1-4 kepada Korea Utara pada perlawanan di Stadium i-mobile di Buriram, malam tadi.

Corak permainan Korea Utara ternyata lebih tersusun dan banyak menguasai perlawanan sebaik aksi dimulakan untuk menembusi benteng pertahanan Malaysia.

Anak buah Jorn Andersen memperoleh gol pertama pada minit ke-10 menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Fadhli Shas, yang diberi tugas selaku ketua pasukan Malaysia pada perlawanan malam ini, susulan serangan daripada pemain Korea Utara.

Pengadil Fahad Adwan Almirdasi dari Arab Saudi tidak teragak-agak memberi sepakan penalti kepada Korea Utara, dan dengan tenang disempurnakan Pak Kwang Ryong untuk menewaskan penjaga gol Malaysia, Muhammad Hafizul Hakim.

Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia bangkit melancarkan serangan ke arah kubu lawan apabila Wan Zack Haikal membuat gerakan daripada tengah padang dan melepaskan rembatan, namun percubaannya tersasar.

Korea Utara memperoleh gol kedua pada minit ke-40 apabila Kim Yu Song menanduk masuk bola hasil sepakan percuma pemain tengah Ri Yong Jik, yang ternyata berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Malaysia melalui hantarannya yang tepat.


Sebaik permainan bersambung, Korea Utara terus menggandakan serangan dan berjaya memperoleh gol ketiga pada minit ke-47 menerusi penyerang, Kim Yong IL.

Jong IL Kwan menyumbat masuk gol keempat Korea Utara pada minit ke-58 melalui sepakan percuma, sebelum Malaysia memperoleh gol sagu hati menerusi Safawi Rashid yang masuk menggantikan Wan Zack Haikal, pada minit ke-66.

Keputusan 4-1 memihak kepada Korea Utara itu kekal sehingga tamat permainan, dan perlawanan kedua melibatkan kedua-dua pasukan berkenaan akan berlangsung di stadium yang sama pada Isnin ini. – BERNAMA

Kategori