• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebanyakan Maklumat Surat Layang Tak Tepat

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang mendapati kebanyakan maklumat di dalam surat layang yang diterimanya adalah tidak tepat.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Pahang Ab Munien Ibrahim berkata pihaknya mendapati kebanyakan surat layang daripada individu enggan dikenali itu dibuat berdasarkan pendapat peribadi individu berkenaan.

“Namun, ada maklumat yang diberikan betul…sebagai pihak berkuasa, kami akan tetap menjalankan siasatan jika tuduhan itu berasas,” katanya pada sidang media selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Pertubuhan Peladang (PP) Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (Pasfa) Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Hamzah Bahari.

Seramai 236 pengerusi dan anggota jemaah pengarahnya telah berikrar dan menandatangani IBR sambil disaksikan oleh Ab Munien pada majlis berkenaan.

Ab Munien berkata kebanyakan surat layang itu dihantar berdasarkan syak wasangka, rasa tidak berpuas hati dalam kalangan kakitangan bawahan dan berlaku semasa kenaikan pangkat dalam sesuatu jabatan.

Dalam pada itu, beliau berharap individu yang memberikan maklumat kepada pihaknya dapat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam melengkapkan siasatan SPRM.

“Apabila dipanggil (SPRM), janganlah takut…kita sepatutnya sentiasa bersedia membantu SPRM menjalankan siasatan. Cara yang terbaik jika mempunyai maklumat ialah datang ke pejabat SPRM untuk membuat aduan, ini sudah semestinya memudahkan tugas kami,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata Pertubuhan Peladang mengambil insiatif IBR bagi meningkatkan keyakinan masyarakat kepada agensi berkenaan.

“Kita tidak dapat lepas dari perhatian kerana Pertubuhan Peladang merupakan agensi yang mengagihkan geran kerajaan dan ini melibatkan wang rakyat. Setakat ini, tiada kes rasuah dalam agensi kita, namun ada berlaku kesilapan dari segi prosedur operasi standard dan difahamkan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ab Munien IbrahimSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd