• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Cadang JPA Semak Semula 13 Elaun Tambahan Polis

oleh Ahmad Albab
09/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar 13 cadangan elaun tambahan anggota polis berpangkat rendah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk semakan semula, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Masir Kujat berkata cadangan tersebut bagi membantu anggota polis menangani masalah kos sara hidup.

“Sekiranya diluluskan, ini akan membantu anggota yang bergaji rendah kerana setiap pangkat akan ada insentif yang diberikan,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di sini.

Beliau menjawab soalan Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) mengenai langkah yang diambil bagi membantu anggota polis berpangkat rendah menangani kos sara hidup.

Masir berkata kerajaan juga sedang melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kebajikan anggota polis dan keluarga dijaga.

“Dalam pembentangan Bajet 2018, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mengumumkan pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM, menyedari ramai anggota polis yang telah bersara tetapi masih menyewa.

“PDRM juga telah diperuntukkan sebanyak RM30.5 juta untuk penyelenggaraan kuarters, pejabat dan kemudahan lain. Selain itu, terdapat 13 projek sambungan kuarters bagi tahun 2016,” kata Masir.

Beliau berkata pusat saringan kesihatan yang dilaksanakan di Bukit Aman sebagai projek perintis untuk kemudahan anggota menjalankan pemeriksaan kesihatan juga akan diperluas pada masa akan datang.

“Kita juga menyediakan rumah transit bagi keluarga yang mengiringi anggota mendapatkan rawatan di hospital dan sebanyak 19 pusat hemodialisis diwujudkan di seluruh negara bagi memberi rawatan percuma kepada anggota yang menghidap penyakit buah pinggang,” katanya.

Menurutnya, pusat jagaan anak dan taska juga dibina di tempat kerja dan kompleks kediaman PDRM bagi mengurangkan kos penghantaran anak ke pusat asuhan kanak-kanak.

Menjawab soalan tambahan Datuk Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai pendekatan proaktif yang diambil bagi memastikan anggota PDRM tidak terlibat dalam gejala rasuah, Masir berkata Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard yang ditubuhkan akan melakukan pemantauan dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas anggota yang didapati melanggar undang-undang. – BERNAMA

Tags: KDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

Kerajaan Tiada Data Lengkap Pelarian, Isu Ditangani Secara Berhemah – KDN

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani berpendirian isu pelarian perlu diuruskan secara berhemah, berasaskan fakta serta mengambil kira pertimbangan keselamatan dan...

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

Ahli Parlimen PJ Bantah Pengharaman Buku Berkait Tokoh Parti Komunis Malaya

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Petaling Jaya, Lee Chean Chung membantah pengharaman dua buah buku yang mengisahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd