• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam KLIA Tumpas Cubaan Seludup 27Kg Dadah

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) mematahkan cubaan menyeludup 27.45 kg dadah jenis methamphetamine bernilai lebih RM1.92 juta ke negara ini dalam tiga kes berasingan dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/ Pematuhan) Datuk Zulkifli Yahya berkata kesemua kes melibatkan empat suspek warganegara India yang kesemuanya menaiki penerbangan dari Chennai.

Katanya kesemua suspek yang masuk sebagai pelancong juga menggunakan modus operandi sama dengan meletakkan bungkusan dadah dalam bagasi tangan masing-masing.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati ketiga-tiga kes tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Zulkifli berkata dalam kes pertama pada 20 Okt lepas, seorang lelaki warganegara India berusia 53 tahun ditahan di KLIA selepas pemeriksaan ke atas dua bagasi dibawanya menemui dadah jenis methamphetamine seberat 5kg bernilai RM350,000.

“Ketika pengimbasan dibuat, terdapat warna yang menunjukkan terdapat dadah dalam bagasi suspek dan pemeriksaan lanjut mendapati dadah tersebut disorok di dalam ruangan tersembunyi beg tersebut,” katanya.

Zulkifli berkata bagi kes kedua pula, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan pada 5.20 pagi, 2 Nov lepas sebaik tiba di klia2.

Katanya pemeriksaan rapi ke atas satu daripada bagasi dibawa suspek mendapati terdapat 8.4kg dadah bernilai RM588,000 disorokkan di dalam 35 beg kecil.

Zulkifli berkata kes ketiga pula melibatkan rampasan dadah jenis methamphetamine sebanyak 14.05kg bernilai RM983,500.

Beliau berkata dua lelaki berusia 43 dan 52 tahun turut ditahan dalam pemeriksaan yang dilakukan cawangan pemeriksaan penumpang di KLIA pada 7.40 pagi semalam.

Zulkifli berkata kedua-dua suspek cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan menyorokkan dadah di dalam dua tin biskut yang turut berisi serbuk kunyit yang diletakkan di dalam bagasi tangan masing-masing.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati seorang daripada suspek yang berusia 43 tahun telah lapan kali memasuki Malaysia dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada suspek pernah membawa dadah sebelum ini,” katanya.

Zulkifli berkata suspek kes pertama telah dituduh di mahkamah manakala tiga lagi suspek masih dalam tempoh tahanan reman.

Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah 1952 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati mandatori.

Zulkifli berkata siasatan juga masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada ketiga-tiga kes tersebut mempunyai kaitan dengan sindiket tempatan. – BERNAMA

Tags: dadahDatuk Zulkifli Yahya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd