• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Menurun Sedikit Tengah Hari

oleh Ahmad Albab
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di lima daerah di Pulau Pinang menurun sedikit iaitu seramai 5,478 orang pada tengah hari berbanding 5,845 pagi ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata Seberang Perai Utara (SPU) masih mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan 2,922 orang di 28 pusat pemindahan diikuti Seberang Perai Tengah (SPT) 1,933 mangsa di 25 pusat pemindahan.

“Air di beberapa kawasan di dua daerah itu semakin surut dan jalan yang ditutup sebelum ini juga telah dibuka kepada lalu lintas. Mangsa memilih untuk pulang ke rumah masing-masing bagi membersihkan rumah mereka.

“Di SPU kawasan Bertam Indah, Bagan Ajam dan Permatang Buluh air sudah semakin surut manakala di SPT pula membabitkan lokasi Juru dan Seberang Jaya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hanya satu pusat pemindahan masih dibuka di Barat Daya iaitu di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok membabitkan 93 mangsa manakala pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Kumbar ditutup tengah hari ini.

Jurucakap itu berkata bagi Timur Laut, seramai 259 mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan dan air banjir di daerah itu semakin surut.

Bagaimanapun jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan di Seberang Perai Selatan meningkat kepada 272 orang berbanding 33 mangsa pagi ini berikutan cuaca di kawasan itu masih hujan dan air semakin naik.

Keadaan cuaca di seberang tengah hari ini masih mendung dengan hujan di SPS manakala di bahagian pulau juga hujan renyai di beberapa kawasan.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Jumaat lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Tags: mangsa banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Guru Mengamuk! Belasah Murid Macam Orang Gila

Next Post

Budaya Mengecam Di Media Sosial Jadi ‘Toksik’ – Khairy

Related Posts

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

TMJ Titah Sukarelawan Segera Bantu Mangsa Banjir

23/03/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menitahkan sukarelawan Southern Volunteers memberi bantuan segera kepada mangsa banjir. Tunku Mahkota...

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

Daftar Nama Untuk Mudahkan Mangsa Banjir Terima Bantuan – Fadillah

01/02/2025
0

KUCHING - Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi...

Next Post

Budaya Mengecam Di Media Sosial Jadi 'Toksik' - Khairy

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd