• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Kepada 40 Orang

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Pusat Khidmat Penyayang, Ayer Hitam, di Batu Pahat, dekat sini, meningkat kepada 40 orang daripada 14 keluarga, setakat 6 petang ini.

Pada pagi tadi, hanya seramai 23 mangsa daripada 10 keluarga berada di pusat pemindahan itu, kata Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, peningkatan mangsa banjir itu berikutan terdapat beberapa lagi kawasan terjejas iaitu Kampung Parit Khalil dan Kampung Parit Samion berbanding hanya satu pada sebelah pagi iaitu kawasan perumahan di Lorong Budin KM31.5 Jalan Batu Pahat.

Selain itu, sebanyak empat kawasan dalam daerah Johor Bahru iaitu Kampung Pasir, Pasir Gudang; Permatang, Kempas; Batu 20, Kampung Sungai Tiram; dan Kampung Paya, Nam Heng, juga dilanda banjir ekoran hujan lebat yang berterusan hari ini.

Keadaan itu menyebabkan sebuah pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan Nam Heng dibuka bagi menempatkan seramai lapan mangsa daripada lima keluarga. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd