• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Menurun

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU- Mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan kepada 1,073 orang daripada 284 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,244 pada 10 malam tadi.

Mengikut laporan portal Info Banjir, hanya 28 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di enam daerah negeri itu.

Besut iaitu daerah paling teruk terjejas banjir ketika ini juga sudah menunjukkan penurunan kepada 889 orang daripada 236 keluarga di 19 PPS berbanding 1055 orang (279 keluarga) malam tadi.

Di Dungun juga merekodkan penurunan iaitu 28 orang (lapan keluarga) berbanding 33 orang (sembilan keluarga).

Empat daerah kekal dengan jumlah mangsa banjir malam tadi iaitu Setiu, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu.

Jumlah mangsa banjir di Setiu kekal 27 orang (lima keluarga) di satu PPS yang masih beroperasi di daerah itu, Kuala Nerus, kekal dengan 35 mangsa banjir (sembilan keluarga) yang berada di dua PPS.

Manakala Marang pula hanya 41 orang (12 keluarga) kekal berada di dua PPS dan Kuala Terengganu kekal 53 orang daripada 15 keluarga. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd