• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Bertambah 1,078 Orang

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,078 orang setakat 9 malam ini berbanding 834 orang pada 5 petang tadi.

Kesemua mangsa ditempatkan di 23 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kota Bharu, seramai 429 mangsa daripada 108 keluarga dipindahkan ke empat PPS membabitkan Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kok Lanas (154 mangsa daripada 35 keluarga), Dewan Orang Ramai Pasar Melor (81 mangsa daripada 23 keluarga), SK Sri Ketereh (180 mangsa daripada 46 keluarga) dan SK Buloh Poh (14 mangsa daripada empat keluarga).

Di Pasir Mas, seramai 194 mangsa daripada 58 keluarga dipindahkan ke lapan PPS iaitu di Madrasah Haji Daud (42 mangsa daripada 13 keluarga), SK Bukit Jarum (55 mangsa daripada 14 keluarga), Masjid Chasi (10 mangsa daripada tiga keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong (lapan mangsa daripada dua keluarga), Masjid Rong Chenok (17 mangsa daripada lima keluarga), Madrasah Sungai Keladi (lima mangsa daripada satu keluarga), SK Sri Kiambang (37 mangsa daripada 14 keluarga) dan SK Kubang Kual (20 mangsa daripada enam keluarga..

Di Tanah Merah, seramai 131 mangsa dipindahkan ke lima PPS membabitkan SK Kelewek (39 mangsa daripada sembilan keluarga), Madrasah Padang Kijang (44 mangsa daripada 12 keluarga), SK Alor Pasir (33 mangsa daripada 10 keluarga), Balai Raya Bukit Kechik (lapan mangsa daripada satu keluarga) dan SK Bukit Panau (tujuh mangsa daripada satu keluarga).

Di Pasir Puteh pula, seramai 258 mangsa dipindahkan ke tiga PPS membabitkan SK Kamil 1 (82 mangsa daripada 27 keluarga), SK Changgai (152 mangsa daripada 49 keluarga) dan SK Wakaf Raja (24 mangsa daripada lima keluarga).

Sementara itu, di Kuala Krai, enam mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke sebuah PPS iaitu SK Chenulang dan lapan mangsa daripada dua keluarga dipindahkan ke PPS SK Pangkal Meleret, Machang.

Di Bachok pula, seramai 52 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pak Badol.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula, Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat iaitu 9.68 meter berbanding 9.52 meter pada 5 petang tadi dengan paras bahaya pada 9.0 meter.

Hujan kadang kala lebat dilaporkan terus berlaku di seluruh negeri malam ini. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd