• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Bantu Malaysia Bersedia Revolusi Industri 4.0

oleh AK-47
01/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat-syarikat Jepun telah menyumbang kepada agenda Malaysia dalam menjana pertumbuhan mampan dan inklusif, dan pada masa yang sama mempersiapkan negara ke arah Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata Jepun memainkan peranan penting dalam pertumbuhan Malaysia, sebagai sumber pelaburan asing sejak 1980-an dan pada September tahun ini, ia menjadi pelabur asing kedua terbesar selepas Singapura, dengan pelaburan bernilai US$16.6 bilion (RM70 bilion).

“Jepun juga merupakan sumber utama pelaburan langsung asing dalam sektor perkilangan Malaysia. Pada akhir 2016, sebanyak 2,621 projek dengan penyertaan Jepun, bernilai US$27.8 bilion (RM88.5 bilion) telah dilaksanakan,” kata Najib dalam ucaptama pda Forum Perniagaan Nikkei Malaysia 2017, di sini hari ini.

Najib berkata bagi separuh pertama tahun ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia meluluskan 16 projek pembuatan dengan penyertaan Jepun, bernilai RM559 juta, dengan 75 peratus daripadanya metupakan pelaburan semula oleh syarikat-syarikat Jepun yang sudah beroperasi di negara ini.

Beliau menekankan bahawa pelaburan semula ini menunjukkan kepercayaan dan keyakinan berterusan ke atas Malaysia sebagai tempat utama bagi syarikat untuk menjalankan perniagaan.

Perdana Menteri berkata Malaysia menjalin kerjasama dengan Jepun sejak 1982 menerusi Dasar Pandang Ke Timur, dan kedua-dua negara baru-baru ini mengesahkan komitmen mereka untuk mengekalkan kerjasama dua hala pada tahap tertinggi sepanjang masa.

Menerusi Dasar Pandang Ke Timur, Malaysia menghantar pelajarnya ke universiti dan institut teknologi Jepun, selain memperoleh pengalaman dan latihan industri. Sehingga kini, lebih daripada 16,600 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat menerusi program ini.

Najib berkata Asia mempunyai potensi untuk menjadi pasaran yang menguntungkan berdasarkan anggaran bahawa 5.3 bilion penduduk akan menetap di bahagian dunia ini pada 2050, atau menyumbang kira-kira 54 peratus daripada jumlah penduduk dunia yang diunjurkan seramai 9.9 bilion.

“Banyak yang mengatakan bahawa abad ke-19 milik United Kingdom, manakala abad ke-20 didominasi oleh Amerika Syarikat.

“Hari ini, pakar pasaran dan penganalisis mengunjurkan bahawa kini merupakan giliran Asia pula menjadi pusat ekonomi dunia pada abad ke-21,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd