• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Manusia Paling Lucu Di Dunia Terima PHD

oleh
03/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENARLAH kata orang, di belakang kejayaan seorang suami, pasti adanya seorang wanita yang sentiasa bersama dengannya tidak kira dalam keadaan susah atau senang.

Siapa sangka, pemenang pertandingan Manusia Paling Lucu di Dunia (Laugh Factory Funniest Person in the World), Harrith Iskander mempunyai seorang isteri yang berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).

https://www.instagram.com/p/BayraacFPaQ/?taken-by=drjezaminelim

Dr. Jezamin Lim dianugerahkan PhD dalam jurusan Kejuruteraan Tisu dan Sel Stem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bukan itu sahaja, dia muncul satu-satunya wanita yang berjaya peroleh ijazah itu setakat ini!

Tahniah diucapkan atas kejayaan yang bukan mudah untuk diacapai baginya. Kedua-dua pasangan itu telah berkongsi detik kegembiraan selepas enam tahun Dr. Jezamin berjuang demi mendapatkan segulung Ph.D itu.

https://www.instagram.com/p/Ba3-McIlEJv/?taken-by=drjezaminelim

Dalama tempoh enam tahun pembelajaran itu, pelbagai dugaan dan cabaran telah dihadapi oleh Jezamine sendiri. Antaranya dia telah berjaya melahirkan seramai tiga orang cahaya mata dan menganjurkan dua festival komedi.

Bukan itu sahaja dia membantu suaminya menjadi Manusia Paling Lucu di Dunia sehingga berjaya bergelar juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM442,600).

Dalam masa sama, Jezamine dalam laman Instagram miliknya turut melahirkan rasa penuh kesyukuran kerana keluarganya tidak pernah putus dalam memberikan dorongan dan sokongan sehingga berjaya.

“Anak-anak ialah kekuatan saya. Mereka ialah sebab mengapa saya ingin terus maju ke hadapan. Mereka ialah isnpirasi saya dan akan menjadi jurulatih saya sampai bila bila.

“Saya mahu mereka membesar dengan mengetahui jika kita letakkan hati kita dahulu, pasti kita akan dapat apa yang kita mahukan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen akaun Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/BayxCjrFsnd/?taken-by=drjezaminelim

Malah, ramai netizen berasa kagum dengan kejayaan yang diperolehnya itu. Bukanlah mudah bagi seorang ibu yang mempunyai tiga orang cahaya mata, mencapai kejayaan yang tinggi dalam hidupnya seperti Jezamine.

Menjadi seorang isteri dan ibu bukanlah penghalang untuk kaum wanita berjaya memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Anak-anak dan suami perlu dijadikan sebab utama mengapa anda perlu berjaya.

Semoga dengan kejayaan Dr. Jezamine itu akan menjadi inspirasi kepada semua wanita yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. – MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: Harith IskanderJezamine LimKejuruteraan Tisu dan Sel StemPHDUKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

SPRM Siasat Perolehan UKM

SPRM Siasat Perolehan UKM

22/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan berhubung perolehan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bernilai RM58.45 juta. Pengarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd