Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Harimau Malaya Patut Menang...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjangkakan pasukan...

Urutan Peristiwa Pembunuhan Kim...

KUALA LUMPUR - Pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim...

iPhone 6S Plus Mengalami...

SEBELUM ini, timbul isu chipgate apabila peranti iPhone 6S dan 6S plus didapati menggunakan...

Laporan Bedah Siasat Selepas...

KUALA LUMPUR - Laporan penuh mengenai bedah siasat mayat Kim Jong-nam, abang pemimpin...

Impian Aaisyah Berlakon Dengan Zul Bakal Terlaksana

SETIAP pelakon pasti ada harapan tinggi untuk berlakon dengan aktor pujaan mereka. Ini termasuklah anak gadis kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Dengarnya Aaisyah bakal berlakon bersama-sama dengan hero pujaanya, Zul Ariffin! Wah… Bertuah Aaisyah kecil-kecil dah dapat berlakon dengan hero Malaya!

Difahamkan impian Aaiyah itu bakal terlaksana jika perancangan yang dibuat oleh Zeel Production bagi menggabungkan mereka berdua dalam sebuah telefilem mendapat lampu hijau daripada sebuah stesen televisyen.

Selaku ‘orang kuat’ syarikat penerbitan Zeel Production, Fadzil Teh sudah mencadangkan sebuah telefilem yang bakal dilakonkan oleh pelakon bertubuh sasa itu.

“Ketika ini, semuanya masih pada peringkat perancangan. Kami bagaimanapun sudah mencadangkan cerita berkenaan untuk stesen TV.

“Kalau boleh memang kami hendak mendapatkan khidmat Zul sebagai teraju utama. Cuma, perkara ini belum lagi disuarakan kepada pihak beliau.

“Jika projek ini menjadi kenyataan, Che Ta (Rozita) juga akan berlakon sekali dalam naskhah terbabit,” katanya dipetik daripada BH Online.

Sebelum ini, Aaisyah ada membintangi sebuah drama yang bertajuk Kak Marr yang turut menampilkan Che Ta sebagai pelakon utama drama itu.

Jadi, pihak Zeel Production telah bercadang untuk mengembangkan lagi watak Aaisyah yang kononnya mahu mencarikan suami buat Che Ta di dalam drama etrsebut.

Yelah, dulu Aaisyah masih kecil lagi. Tapi sekarang Aaisyah dah petah berkata-kata. Mungkin dengan peluang yang ada ini, si comel itu bakal mengikut jejak ibunya menjadi pelakon hebat suatu masa nanti.

Aaisyah yang masih berusia tiga tahun itu sebelum ini ada merakam satu video yang mengatakan keinginannya berlakon dengan Zul Ariffin selepas menonton drama lakonan pelakon kacak itu menerusi Titian Cinta.


https://www.instagram.com/p/BaQq1SngF4l/?taken-by=aaisyahdhiarana111

Tambah Fadzil lagi, ketika Che Ta dan keluarga sedang bercuti di London beberapa bulan yang lalu, beliau pernah menawarkan si kecil itu untuk berlakon.

“Ketika itu, produksi saya sedang lunas penggambaran drama Kelip Kelip Kota London. Dalam pada itu, ada juga idea untuk menerbitkan cerita lain, termasuk mewujudkan watak untuk Aaisyah.

“Namun, semua itu tidak menjadi kenyataan. Nampak saja kamera di depannya, Aaisyah terus lari,” tambahnya lagi.

Mengajar seorang kanak-kanak kecil untuk berlakon sebenarnya bukanlah perkara yang mudah. Kita perlu tahu ‘moodnya’ sering turun naik dan skill untuk ‘mengumpan’ si kecil tu sendiri.

‘Pertemuan’ antara Aaisyah dan Zul merupakan satu pertemuan yang tak dirancang. Zul juga sering mengusik Aaisyah dengan membalas beberapa video yang dibuat khas untuk si comel itu.

“Untuk menterjemahkan episod usik-mengusik itu kepada kerja lakonan, saya tak boleh komen lebih. Saya tak tahu lagi bagaimana jadinya,” kata pelakon berusia 31 tahun itu.

Mungkin hubungan antara Zul dan Aaisyah lepas ni akan lebih rapat. Mana tidaknya, waktu majlis sambutan hari lahir Aaisyah baru-baru ini, Zul tampil memberikan kejutan dengan menghadirkan diri ke rumah Che Ta bagi bersama-sama dengan puteri kesayangan keluarga Che Ta itu. –MYNEWSHUB.CC / AH

Kategori