• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Bebaskan 102 Tahanan Rohingya

oleh Ahmad Albab
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen negeri membebaskan 102 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya di Depoh Tahanan Imigresen Belantik di Sik, dekat sini, semalam.

Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin, berkata pembebasan dilakukan selepas semua etnik Rohingta terbabit menjalani penahanan di depoh berkenaan untuk tempoh dua tahun atas kesalahan tiada sebarang pas atau dokumen sah.

Beliau berkata, mereka terdiri daripada 86 lelaki dan lapan wanita bersama lima kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan berusia antara setahun hingga 51 tahun.

“Semua tahanan yang dibebaskan itu dibawa menaiki dua bas dan diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Zuhair berkata, selepas pembebasan 102 etnik Rohingya itu, Depoh Tahanan Imigresen Belantik kini memiliki 386 lagi tahanan warga Myanmar etnik Rohingya.

Katanya, ia membabitkan 369 lelaki, tujuh wanita, enam kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Kita jangkakan 190 tahanan etnik Rohingya lagi akan dibebaskan selepas menerima kad pelarian UNHCR tidak lama lagi,” katanya.

Zuhair berkata, dengan pembebasan semua tahanan berkenaan, depoh di negeri ini mampu menampung lebih ramai pendatang asing tanpa izin yang diberkas melalui operasi imigresen dari semasa ke semasa. – BH ONLINE

Tags: Etnik RohingyaImigresen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd