Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Maradona Buka Kedai Emas...

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dan rakan niaganya dari...

Muafakat Nasional: Fokus PRU-15

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyokong dan mendokong Muafakat Nasional yang menjadi...

Jadah Apa UMNO Buat...

APA jadah la duk tuduh UMNO dalang video gay Azmin dengan Haziq. UMNO akaun...

Lima Lelaki Didakwa Culik,...

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini...

Humanoid Robot Khidmat Di Olimpik Pyeongchang

PYEONGCHANG (Korea Selatan) – Sukan Olimpik PyeongChang 2018 dan Sukan Musim Sejuk Paralimpik akan menampilkan elemen menarik masa hadapan apabila Korea Selatan memperkenalkan ‘robot humanoid’ untuk menyediakan aneka perkhidmatan.

Ketua Perhubungan Media Antarabangsa pihak penganjur, Lee Ji Hye, berkata kemudahan teknologi tinggi merupakan sebahagian daripada ciri utama, di mana robot bentuk manusia itu akan digunakan untuk aktiviti perhubungan awam, perkhidmatan maklumat, larian obor, dan porter serta perkhidmatan lain.

“Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan teknologi tinggi yang belum pernah disaksikan oleh dunia, anda akan juga melihiat robot di lapangan terbang untuk memberi khjidmat menyambut tetamu,” kata beliau di taklimat media untuk 40 wartawan antarabangsa bersempena persidangan akhbar Institut Akhbar Korea selama dua hari minggu lepas.

Sebagai pengeluar gergasi kereta, alat-alat elektrik dan smart phone, Korea Selatan akan menawarkan buat pertama kali, perkhidmatan telekomuniaksi 5G di sukan itu, kata beliau.

“Kami akan juga menyediakan perkhidmatan pengalaman sebenar, termasuk bas 5G, program realiti virtual 360 darjah, aplikasi tiga dimensi bebas kaca dan hologram,” tambah beliau.

PyeongChang, terletak di bahagian timur Korea Selatan dan kira-kira 126km dari Seoul, akan menganjurkan Sukan Olimpik dengan slogan ‘Passion. Connected’ (Kesungguhan, Kesaling Hubungan) dari 9 hingga 25 Feb, sementara Sukan Paralimpik dari 9 ke 18 Mac, Lee berkata Sukan Olimpik itu akan menyaksikan penyertaan 6,500 atlet dan pegawai sementara Paralimpik, 1,500 atlet dan pegawai.


Mengenai pengangkutan, beliau berkata PyeongChang dihubungkan dengan kereta api berkelajuan tinggi dan rangkaian lebuh raya.

Katanya, tiket boleh ditempah di tickets.PyeongChang2018.com. – BERNAMA

Kategori