Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

7 Perompak Larikan Wang...

KUALA NERUS - Tujuh lelaki bersenjatakan pistol dan parang merompak sebuah pasar raya...

Remaja Lelaki Hilang Dikhuatiri...

KOTA KINABALU - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas hilang...

Pas Tolak Jajaran Baharu...

ARAU: Pas menolak jajaran politik baharu yang bakal diusahakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

PAS Akur Belum Berpeluang...

KUALA LUMPUR - Meskipun terkilan tidak berpeluang membahaskan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang...

Hanya Kongsi Cerita, Bukan Mengungkit – Bella Astillah

SEMALAM telah berlangsungnya satu program khas iaitu perkongsian pengalaman hidup berumah tangga penyanyi dan pelakon Bella Astillah bersama peminat-peminatnya.

Khabarnya perkongsian yang diberi nama Mutiara Hati by Bella Astillah itu diadakan atas permintaan peminat-peminatnya yang kagum dengan cara dia mengatasi kontroversi yang pernah melanda dirinya.

Akui Bella, dia terpanggil untuk mengadakan program itu selepas mendapat banyak mesej di laman sosial bertanyakan pendapat dan pengalaman menangani masalah rumah tangga.

Bella yang juga isteri kepada Aliff Aziz menafikan kenyataan yang kononnya program tersebut sebagai mengungkit kisah lama antara dia dan suaminya serta pelakon baharu, Afifah Nasir.

“Saya tiada niat untuk membuka semula cerita ini kepada orang ramai sebaliknya ingin berkongsi mengenai apa yang terjadi dan bagaimana saya meharungi masalah itu.

“Perkara ini dilakukan selepas menerima banyak mesej peribadi di media sosial dimana kebanyakan mereka ingin mengetahui dari mana saya mendapat kekuatan.


“Jadi disebabkan ramai sangat yang menghantar mesej dan saya tak mampu hendak membalas semuanya jadi saya terpanggil untuk berkongsi secara terbuka hari ini (Selasa).

“Tujuan saya hanya untuk berkongsi kepada mereka dan tiada niat untuk mengaibkan sesiapa,” katanya dipetik Astro Gempak.

Program yang diadakan di Putrajaya itu turut dihadiri oleh suami dan anaknya, Mohamad Ayden Adrean.

Baca: Aliff Aziz Marah, Bella Tak Mahu Panjangkan Cerita

Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun ini menjelaskan yang dia tidak mahu memanjangkan kisah pahit itu dan membuat keputusan untuk move on dan fokus kepada keluarga.

Terdahulu, kisah rumah tangga Bella dilanda badai apabila Aliff dan Afifah tertangkap oleh Bella sendiri selepas beberapa hari melahirkan anak sulung mereka. – MYNEWSHUB.CC

Kategori