• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Matematik Hidup Merempat Di Stesen Tren

oleh AK-47
17/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAHULUNYA merupakan seorang guru yang begitu dihormati masyarakat, namun wanita itu kini hanya mampu merempat tak berumah bak seorang gelandangan terbiar.

Begitulah realiti yang dihadapi seorang bekas guru di wilayah Kerala, Selatan India apabila beliau telah ditinggalkan oleh suami dan anaknya kira-kira enam tahun lalu.

Menurut seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Vidya, dia menemui guru berkenaan merempat di stesen kereta api Thampanoor pada 5 November lalu ketika sedang menunggu seorang rakan.

“Ketika di stesen berkenaan, saya terpandang seorang wanita tua berpakaian kotor dan lusuh sedang memegang beg plastik, lantas saya terfikir untuk mengekorinya.

“Wanita tua itu juga dilihat memetik buah-buah dari pokok berhampiran lalu memakannya,” katanya memetik portal berita Timeofindia.

Vidya kemudian bertanya sama ada wanita tua itu lapar, biarpun pertanyaannya tidak dijawab, dia cuba memujuk dengan membelikannya makanan untuk mengajaknya berbual.

Daripada perbualannya, firasatnya kuat merasakan wanita itu seorang yang berpendidikan tinggi dan setelah mengajukan beberapa soalan, dia mendapati wanita itu merupakan seorang bekas guru Matematik.

Vidya kemudian berkongsi kisah menerusi di laman Facebook dan turut menyertakan nama sekolah tempat wanita itu pernah berkhidmat iaitu Sekolah Malapurram.

Dalam masa singkat ramai bekas murid mula mengecam guru mereka yang dipanggil Teacher Valsa dan pernah mengajar mereka subjek Matematik.

Ramai bekas muridnya yang berasa terkesan dengan kesusahan hidup guru mereka sekarang dan ingin membantu namun sebagai manusia bermaruah, Valsa menolak dan berkata dia hanya akan tinggal bersama anak dan suaminya.

Sementara itu, laporan polis dibuat bagi kes pengabaian keluarga dan pihak polis akhirnya berjaya mengesan adik perempuan Valsa, namun kini masih mencari suami dan anak lelakinya.

Meskipun sikap prihatin bekas anak muridnya patut dipuji namun realiti bekas guru yang sudah tua ini tergamak diabaikan keluarganya amat menyayat hati.

Seorang guru amat besar jasanya dalam membentuk peribadi ramai manusia, namun patutkah dia diabaikan tanpa belas dan kasihan sebegini rupa oleh darah dagingnya sendiri.

Jasa guru mesti dikenang kerana tanpa mereka tak mungkin kita pandai membaca dan menjadi manusia berguna.

Namun pada masa sama, jangan sesekali lupa tanggung jawab pada ibu bapa dan pasangan kerana setinggi mana pun pendidikan tiada gunanya kalau tak ada sahsiah diri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: gelandanganIndia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

Presiden AS Donald Trump Telefon PM India Bincang Situasi Di Asia Barat

25/03/2026
0

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi memaklumkan beliau menerima panggilan telefon daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump...

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

Pelajar Hindu Bentuk Rantaian Manusia Pertahankan Pelajar Islam Sedang Sembahyang

24/02/2026
0

LUCKNOW – Ketegangan yang tercetus di sebuah universiti awam di India akhirnya bertukar menjadi simbol harapan dan perpaduan, apabila pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd