• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Mahu P.Pinang Utamakan Isu Banjir Kilat

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri pimpinan DAP sepatutnya memberi keutamaan kepada masalah paling serius yang dihadapi rakyat dengan menyelesaikan masalah banjir kilat yang sering melanda negeri ini, kata naib Pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong.

Menurut beliau, peruntukan bagi projek tebatan banjir sepatutnya ditambah dalam Bajet 2018 Pulau Pinang yang dibentangkan kerajaan DAP.

Dalam pembentangan bajet itu, sejumlah RM275 juta akan dibelanjakan untuk membina pusat badminton dan kolam renang.

Sebaliknya, peruntukan yang diberikan kepada kedua-dua kerajaan tempatan untuk pelaksanaan program tebatan banjir hanya sebanyak RM20 juta. Peruntukan tersebut sekadar mencapai lapan peratus daripada jumlah peruntukan bagi bidang sukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2018 negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam mengumumkan peruntukan RM275 juta untuk infrastruktur sukan bagi pembinaan 82 gelanggang badminton baharu dan empat buah kolam renang bersaiz olimpik sebagai sukan teras.

Semalam, kerajaan DAP Pulau Pinang membentangkan Bajet 2018 bertemakan ‘Belanjawan Marhaen’ berjumlah RM 1.25 bilion dengan defisit RM748.5 juta berbanding RM667.1 juta defisit tahun lepas.

Oh berkata pihaknya tidak membantah usaha kerajaan negeri untuk memajukan bidang sukan dalam negara, namun keutamaan harus diberikan kepada perkara yang lebih penting kerana masalah banjir merupakan antara masalah yang paling dititikberatkan oleh rakyat di negeri ini.

“Pembangunan dalam bidang sukan sememangnya antara agenda yang penting tetapi penyelesaian terhadap masalah banjir dalam negeri merupakan perkara yang paling terdesak dan utama. Rakyat yang duduk di kawasan banjir tidak sanggup tidur tak lena apabila hujan turun dan kerap kali bimbang rumah mereka akan ditenggelami air,” katanya.

Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow ketika menjawab soalan lisan pada persidangan DUN Pulau Pinang memaklumkan negeri ini menghadapi 119 kali banjir kilat sejak 2013 hingga 15 Okt tahun ini.

Chow berkata daripada jumlah itu, 22 kali banjir kilat berlaku pada tahun 2013, 20 (2014), 26 (2015), 30 (2016) dan 21 kali pada tahun 2017, yang kebanyakannya melibatkan kawasan di daerah Timur Laut dan Barat Daya. – BERNAMA

Tags: banjir kilatOh Tong Keong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

Detik Menakutkan Ketika Banjir Kilat Melanda

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Rakaman video yang tular merakam detik menakutkan ketika banjir kilat melanda kawasan Kayu Pasak, Salareh Aia, Palembayan...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd