• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gempa Terkuat Di Iran, Lebih 300 Maut, Lagi 4,000 Cedera

oleh
13/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEHERAN – Jumlah mangsa korban gempa bumi kuat dalam sejarah Iran berdekatan sempadan Iraq awal Isnin terus meningkat mencecah lebih 300 orang dengan 4,000 lagi cedera teruk.

Gegaran berukuran 7.2 pada skala Richter dikesan pukul 9.18 malam Ahad waktu Iran (2.18 pagi Isnin waktu Malaysia) berpusat 32 kilometer dari bandar raya Halabja, Iraq atau kira-kira 19 kilometer dari sempadan Iran.

Untuk rekod, Iran pernah dilanda gempa 7.7 pada skala Richter di Saravan dekat sempadan Pakistan pada 16 April 2013 yang hanya mengorbankan seorang penduduk tetapi 34 mangsa lagi terbunuh di wilayah negara jirannya itu.

Bencana paling buruk dalam sejarah pernah melanda Iran ialah di Damghan pada 22 Disember 856 apabila hampir 200,000 penduduk maut akibat gempa sekuat 7.9 pada skala Richter yang meliputi kawasan seluas 350 kilometer.

Dalam pada itu, jurucakap Badan Pengurusan Bencana Kebangsaan Iran, Behnam Saeedi berkata, sekurang-kurangnya 141 orang terkorban di negara Syiah tersebut manakala lebih 800 lagi disahkan mengalami kecederaan.

Gempa bumi itu turut dirasai di beberapa wilayah di Iran dan Iraq namun gegaran paling kuat dirasai di wilayah Kermanshah yang kemudian pihak berkuasa tempatannya mengumumkan tempoh berkabung selama tiga hari.

Lebih 97 mangsa dilaporkan terkorban berada di bandar Sarpol-e-Zahab di Kermanshah yang juga dirujuk sebagai wilayah Kurdistan Iran dan terletak kira-kira 15 kilometer dari sempadan Iraq atau 525 kilometer dari Teheran.

Para pegawai Kurdis tempatan memaklumkan, sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan seramai 50 lagi cedera di Iraq. Lebih 20 buah perkampungan di Iran musnah, dengan bekalan air dan tenaga elektrik terputus.

Pasukan keselamatan Iran sudahpun dikerahkan ke kawasan dilanda gempa dan helikopter membawa keperluan asas turut dikerahkan untuk menghantar keperluan asas kepada penduduk yang terjejas oleh gempa tersebut.

Gegaran turut dirasai sehingga ke Qatar dan Israel. Iran sering dilanda lebih 10,000 kali insiden gempa sepanjang tahun termasuk kira-kira 90 daripadanya berukuran atas 6 pada skala Richter. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IranSyiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

Iran Tolak Jabat Tangan Dengan AS, Rundingan Damai Bertukar Tegang

22/06/2026
0

Oleh Mynewshub SWITZERLAND – Rundingan damai berprofil tinggi antara JD Vance dan delegasi Iran dilaporkan bertukar tegang selepas wakil Tehran...

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

Angkara Israel – Iran Umum Tutup Kembali Selat Hormuz

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub TEHRAN – Pihak tentera pusat Iran mengumumkan penutupan Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di selatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd