• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Kecil Bukan Faktor Utama Polis Terlibat Rasuah

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu gaji kecil pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan faktor utama menyebabkan mereka terlibat dalam gejala tidak berintegriti seperti rasuah dan salah guna kuasa, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

KDN dalam jawapan bertulis kepada Datuk Raime Unggi (BN-Tenom), semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini berkata penglibatan sebilangan kecil mereka itu lebih terdorong kepada desakan peribadi seperti inginkan kehidupan mewah, berbelanja di luar kemampuan seperti beli kereta, pakaian dan perabot rumah, hingga menyebabkan perbelanjaan menjadi tidak seimbang.

“Statistik penglibatan anggota PDRM dalam gejala rasuah bagi tahun 2016 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya 187 kes atau 0.15 peratus daripada keseluruhan keanggotaan dalam PDRM,” katanya.

Raime ingin mengetahui usaha kementerian dalam mengkaji semula skim gaji dan kebajikan anggota polis sebagai usaha membendung gejala rasuah dan salah guna kuasa.

KDN berkata kerajaan telah mengambil inisiatif menambah baik sistem gaji khusus bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM dengan memperkenalkan Sistem Saraan Transformatif berkuat kuasa 1 Jan 2013.

Katanya melalui inisiatif berkenaan, gaji ATM dan PDRM diseragamkan dan menjadikan ia lebih berdaya saing.

“Kementerian sedar dan prihatin tentang peningkatan kos sara hidup masa kini yang membebankan penjawat awam, termasuk anggota PDRM.

“Pengurusan PDRM telah mengemukakan pelbagai cadangan untuk meringankan perbelanjaan harian anggota, antaranya kenaikan kadar elaun yang diterima ketika ini, atau memperkenalkan elaun baharu untuk pertimbangan pihak berwajib.

“PDRM juga telah mencadangkan 13 jenis elaun untuk diselaraskan semula kepada kerajaan sesuai dengan beban tugas kini,” menurut KDN. – BERNAMA

Tags: GajiKes RasuahPDRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Akan Minta Maaf Dan Akui Fitnah Anwar

Next Post

UTC N.Sembilan Beroperasi Mulai Hari Ini

Related Posts

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

CEO Batu: Polis Akan Siasat Sekiranya Ada Dakwaan Mangsa Baharu

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan pempengaruh media sosial dikenali sebagai 'CEO Batu'...

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

Next Post

UTC N.Sembilan Beroperasi Mulai Hari Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd