• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Melaka Catat Nilai Jualan Lebih RM3.89j

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Sejumlah 58 petani Ladang Kontrak di bawah kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka melibatkan tiga daerah di negeri ini mencatatkan nilai jualan lebih RM3.89 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengarah FAMA Melaka Mohd Nawi Othman berkata antara tanaman yang menjadi pilihan petani adalah pisang, kelapa dan cili padi yang dijual pada harga berpatutan melibatkan tanah seluas 222 hektar.

“FAMA Melaka menggalakkan petani di negeri ini agar segera mendaftar dengan program Ladang Kontrak agensi itu bagi memudahkan urusan pengawalan kualiti dan harga produk mereka di pasaran.

“Secara tidak langsung, pendaftaran ini juga membolehkan FAMA untuk memantau pengeluaran komoditi itu daripada aspek penyakit tanaman serta keselamatannya kepada pengguna termasuk pengimport,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kursus Peningkatan Pendapatan Hasil Pertanian peringkat Alor Gajah di Kompleks Japerun Ayer Limau hari ini.

Beliau berkata FAMA memberi galakan kepada golongan belia agar menceburi bidang pertanian kerana ia mampu menjanjikan pendapatan dan kehidupan yang lebih baik kepada mereka pada masa akan datang.

”Kebanyakan generasi muda masa kini lebih cenderung untuk berkhidmat dalam sektor ‘kolar putih’ kerana tidak ramai yang mahu mengotorkan tangan mereka untuk menjadi petani. Namun, pemikiran ini perlu diubah kerana sektor pertanian boleh menguntungkan mereka,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd