• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eksklusif: Gaji Penjawat Awam Bakal 2 Kali Sebulan

oleh
14/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM kalangan pekerja swasta, amalan pembayaran gaji dua kali sebulan bukan perkara baharu malah ini menjadikan mereka lebih peka untuk mengurus kewangan dan berbelanja secara hemah.

Lazimnya gaji dibayar pada pertengahan dan penghujung bulan iaitu masing-masing pada tarikh 15 dan 30. Ini bermakna tiada isu pembayaran awal kerana mengelak daripada bertembung dengan musim perayaan tertentu.

Namun potongan rutin iaitu cukai pendapatan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Tabung Haji (TH), zakat gaji dan sebagainya hanya dilakukan pada akhir bulan.

Kaedah ini amat popular diguna pakai kebanyakan majikan sektor swasta secara meluas dan ada mendakwa ia sesuai untuk mengelakkan trend petugas sengaja berhenti kerja secara tiba-tiba tanpa makluman notis sebulan.

Bagaimanapun Mynewshub difahamkan secara eksklusif bahawa petugas sektor awam di negara ini juga dijangka kemungkinan besar bakal mengamalkan langkah pembayaran gaji dua kali sebulan dalam masa terdekat.

Langkah tersebut dikatakan perlu diambil bagi membantu kakitangan awam untuk menguruskan perbelanjaan harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api yang semakin meningkat.

Untuk rekod, ia pernah dicadang perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan sepatutnya dilaksanakan mulai Ogos 2008 setelah diputuskan mesyuarat pasca Kabinet dengan pegawai tinggi kerajaan.

Beliau berkata, usaha yang diambil itu adalah satu pendekatan positif demi membantu mengurangkan tekanan kewangan penjawat awam dan pada masa sama bagi memudahkan pengurusan aliran tunai dalam keluarga.

Malangnya, idea tersebut dibantah keras oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) setelah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sendiri ketika itu.

Beberapa parti politik turut menentang syor itu bahkan anggap ia menyusahkan pula. Itu cerita hampir sedekad lalu dan kini cadangan tersebut kembali dibawa oleh pihak Kementerian Kewangan untuk dikaji semula kesesuaiannya.

Berdasarkan skrin yang diperoleh Mynewshub, pembayaran gaji dua kali sebulan ini tidak melibatkan bekas kakitangan yang masih menerima duit persaraan mereka termasuk elaun pencen tua seperti biasa hujung bulan.

Setakat ini belum lagi dapat dipastikan secara muktamad sama ada kaedah pembayaran ini dapat dilaksanakan atau mungkin ditangguhkan sekali lagi setelah menerima maklum balas pelbagai pihak terlibat yang berkepentingan.

Barang kali cadangan ini ada pro dan kontra selain perlu dikaji secara mendalam oleh Perbendaharaan sebelum dilakukan. Pada pandangan penjawat awam, bagaimana pula komen anda sendiri? – Mynewshub.cc/HAA

*Video arkib di bawah mengenai berita pengumuman pelaksanaan gaji dua kali sebulan pada 2008…

Tags: Gaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd