• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Johor Dijangka Terus Melonjak

oleh AK-47
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Ekonomi Johor dijangka terus melonjak susulan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet Johor 2018, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata antara inisiatif itu ialah Kawasan Perindustrian Pengerang di Kota Tinggi, yang melibatkan kawasan seluas 482.38 hektar dan akan dibangunkan oleh Johor Corporation dengan kos pembinaan kasar (GDC) sebanyak RM1.1 bilion.

“Apabila beroperasi kelak, ia akan menawarkan kesan berganda kepada aktiviti pembangunan di Kota Tinggi, termasuklah menjana pelaburan sehingga RM18 bilion dan mewujudkan 2,700 peluang pekerjaan dalam tempoh lima tahun.

“Ini sekali gus menyokong dan merancakkan lagi pembangunan di daerah itu, yang sebelum ini telah mengalami lonjakan ekonomi berikutan projek mega berkepentingan nasional dalam industri minyak dan gas iaitu Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC),” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini, hari ini.

Katanya inisiatif lain ialah mewujudkan Jawatankuasa Ekonomi Baharu Johor di bawah Permodalan Darul Ta’zim (PDT) yang mempunyai peranan untuk merangka strategi dan persiapan Johor dalam menghadapi ekonomi masa depan yang berorientasikan digital dan pencernaan idea.

Mohamed Khaled berkata pihaknya turut akan melaksanakan projek pembangunan pusat pelancongan bersepadu iaitu Desaru Coast di Desaru, Kota Tinggi untuk meningkatkan kemasukan pelancong ke negeri ini.

“Pembangunan kawasan pelancongan bersepadu ini melibatkan keluasan 1,560 hektar dan menempatkan, antaranya, hotel dan resort premium, dua buah padang golf berstatus kejohanan antarabangsa, pusat persidangan, taman tema air dan perkampungan membeli-belah.

“Pembangunan fasa satu dengan keluasan 760 hektar, bernilai RM4.5 bilion akan menyediakan 1,700 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd