• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Duta AS Gesa Putuskan Hubungan Dengan Korea Utara

oleh AK-47
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nikki Haley pada Rabu menggesa negara-negara di seluruh dunia memutuskan hubungan mereka dengan Korea Utara semasa Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bermesyuarat bagi membincangkan respons badan dunia itu terhadap tindakan negara tersebut melancarkan peluru berpandu jarak jauh baru-baru ini, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Beliau berkata Presiden AS Donald Trump telah meminta Presiden China Xi Jinping menghentikan pembekalan minyak ke Korea Utara.

Haley membuat gesaan itu ketika UNSC mengadakan mesyuarat tergempar berhubung tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu tersebut pada Rabu (waktu Korea), yang dikatakan mampu sampai di mana-mana tempat di AS.

Beliau turut menggesa Majlis Keselamatan membatalkan hak mengundi Korea Utara dalam PBB.

Meskipun AS tidak mahu berperang dengan Korea Utara, duta itu memberi amaran bahawa “diktator Korea Utara semalam telah membuat keputusan yang membawa dunia lebih dekat dengan peperangan, bukan lebih jauh daripadanya.” – BERNAMA

Tags: Nikki HaleyPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd