• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kali Terjatuh, Roslan Saleh Perlu Berehat

oleh
24/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAKONANNYA yang mantap, sering membuatkan penonton terkesan tidak kira sama ada aktor veteran ini tampil menjadi lelaki jahat ataupun baik.

Penghayatan watak dan penyampaian yang bersahaja membuatkan dia sering menjadi pilihan utama para pengarah tempatan untuk beraksi di hadapan kamera.

Namun Isnin lalu, Roslan Saleh telah memuat naik gambarnya di laman Facebook yang menunjukkan dia sedang duduk di atas katil dengan kaki yang berbalut serta berpaut pada tongkat.

Disebabkan itu, ramai netizen terkejut apabila melihat keadaan pelakon yang berusia enam dekad itu.

Menurutnya, keadaanya kini tidaklah membimbangkan. Cuma ia sekadar kaki kirinya mengalami bengkak dan menyebabkan dia sukar untuk bergerak akibat terjatuh.

“Sebenarnya sudah seminggu saya terbaring kerana kaki sebelah kiri bengkak dan kejang selepas dua kali terjatuh ketika menjalani penggambaran.

“Bosan juga duduk di rumah tidak berbuat apa-apa. Jangan risau saya okey, semakin sihat dan tiada yang serius,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu lalu.

Dia dikatakan telah mengalami kecederaan pada kaki kirinya selepas terjatuh daripada basikal ketika menjalani penggambaran sebuah iklan di Lurah Bilut, Pahang pada awal bulan lalu.

Katanya, ketika kejadian, kaki seluarnya tiba-tiba tersangkut pada pedal basikal sebelum dia terjatuh.

“Alhamdulillah saya cepat ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana bimbang terdapat luka kerana saya pesakit diabetes.

“Namun syukur tiada apa-apa cuma kaki kiri sedikit bengkak akibat jatuh dari basikal

“Sejak usia mencecah 60 tahun, saya sudah mula terasa tua mengejar dan perlu lebih berhati-hati apabila berlakon selepas ini,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, pelakon yang kini menetap di Melaka itu dikatakan telah terjatuh buat kali kedua ketika menjalani penggambaran drama bersiri Isteri Yang Diiktiraf di Tanjung Karang, Selangor pada minggu lalu.

“Ini yang buat saya sampai tidak boleh bergerak sebab kaki kiri kejang dan sakit sehingga hendak ke tandas pun sukar.

“Saya pun dah bosan asyik duduk dalam rumah dan tidak dapat kerja seperti biasa. Mujur keadaan saya sudah beransur pulih dan sudah boleh bergerak,” tambahnya yang terkenal menerusi watak antagonis dalam beberapa drama tempatan.

Rabu lalu, Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob bersama beberapa lagi pegawai Finas telah menziarahinya di Melaka serta menyampaikan beberapa sumbangan buatnya.

Bagaiamanapun, Roslan tetap berterima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kesihatannya serta memberi kata-kata semangat buatnya. – MYNEWSHUB.C/AH

Tags: antagonisberlakondramaiklanIsteri Yang DiiktirafjatuhRoslan Saleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

Lelaki Maut Terjatuh Lebih 10 Meter Ketika Panjat Pokok Petai

Lelaki Maut Terjatuh Lebih 10 Meter Ketika Panjat Pokok Petai

05/09/2024
0

LARUT : Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter ketika memanjat pokok petai di Kebun Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd