• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Motor: Bakal Bapa Dipenjara 12 Bulan

oleh AK-47
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang bakal bapa dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah motosikal, dua bulan lepas.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Farizul Kasmin, 25, kerana mencuri sebuah motosikal milik Muhammad Adib Amzar Mohd Jantan, 20, yang bernilai RM5,000 di hadapan Kolej Masa, Puchong Prima, Puchong, dekat sini, antara 9.30 pagi dan 2.30 petang, 21 Sept lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 7 Nov lepas.

Pelayan restoran makanan segera itu didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum tujuh tahun serta boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan dengan alasan isterinya sedang hamil dan dia berasal daripada keluarga yang susah.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran. – BERNAMA

Tags: curi motor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Curi Motor: Penganggur Dipenjara 12 Bulan

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan mencuri sebuah...

Suspek Curi Motosikal Cuba Rasuah 7 Polis

19/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang disyaki aktif dalam kegiatan curi motosikal, ragut dan samun, ditahan di Bandar Seri Permaisuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd