• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chong Wei Mahu Kisah Hidupnya Jadi Inspirasi

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap filem biografi mengenai dirinya akan menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah untuk peminat sukan badminton di seluruh dunia.

Filem ‘Rise of Legend’ arahan Teng Bee itu mengisahkan sepenuhnya mengenai penglibatan awal Chong Wei dalam arena badminton sehingga menjadi jaguh terkemuka dunia.

“Saya tidak sangka kisah hidup saya sebagai pemain badminton dijadikan filem. Saya berharap filem ini menjadi inspirasi kepada semua peminat badminton tempatan dan luar negara.

“Filem ini mengisahkan cabaran kehidupan saya sebagai pemain badminton dan saya berharap dapat mendorong penonton untuk lebih suka sukan badminton dan tidak mudah berputus asa,” katanya kepada pemberita selepas sidang media filem berkenaan di sini hari ini.

Chong Wei berkata beliau juga turun padang ketika kru produksi mengadakan sesi uji bakat bagi pemilihan pelakon bagi menjayakan wataknya.

Filem yang dirancang sejak tiga tahun lepas itu melibatkan lebih 2,000 peserta uji bakat untuk melakonkan watak Chong Wei.

Beliau turut berpuas hati dengan lakonan Tosh Chan bagi watak dewasa dan Jake Eng untuk watak ketika kanak-kanak.

Chong Wei berkata pihak produksi juga bercadang menayangkan filem tersebut di luar negara seperti Singapura, China, Taiwan dan Jepun.

Filem yang mengambil masa pengambaran 50 hari itu akan ditayangkan awal tahun depan.

Antara pelakon membintangi filem itu adalah Datuk Rosyam Nor yang memegang watak jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek; Ashley Ashley (Datin Wong Mew Choo), pelakon terkenal Singapura, Mark Lee (bapa Chong Wei, Lee Ah Chai) dan Yeo Yann Yann (ibu Chong Wei, Khor Kim Chooi).

Sementara itu, Rosyam berkata filem tersebut bukan sahaja mengisahkan perjalanan hidup Chong Wei tetapi turut memaparkan hubungan erat antara Chong Wei dan Misbun yang diibaratkan seperti bapa dan anak.

“Saya bersetuju menerima tawaran melakonkan watak Misbun kerana impak filem ini bukan fiksyen tetapi realiti. Saya percaya filem ini mampu menjadi rujukan pada masa akan datang,” kata Rosyam. – BERNAMA

Tags: Lee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tun Dr. Mahathir Akui Masih Terima Kemudahan Kerajaan

Next Post

Semua Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Akan Dibantu

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

Next Post

Semua Mangsa Banjir Di Pulau Pinang Akan Dibantu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd