• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Dedah Jalan Raya Unik Berbentuk Ular

oleh
22/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING — China memang terkenal dengan mercu tanda unik sejak zaman dahulu lagi antaranya Tembok Besar dan Kota Larangan yang cukup hebat menjadi tarikan pelancong luar sehingga kini.

Namun bangunan moden pula pernah mencetuskan kontroversi selain bahan jenaka antaranya Stadium Olimpik di Beijing seperti sarang burung dan Kompleks Stesen Televisyen China di ibu kotanya pula seumpama seluar gergasi.

Malahan sebuah pusat pengajian tinggi awam, Universiti Teknologi Sumber Air dan Kuasa Elektrik China Utara di bandar raya Zhengzhou di wilayah Henan dikritik kerana kelihatan seperti mangkuk tandas dan tangki pam jamban.

Minggu lalu pula, masyarakat tempatan gempar dengan Perpustakaan Binhai yang baru dibuka di Tianjin kerana reka bentuk bangunan itu pelik dan agak futuristik, sekali gus menjadi tular dalam kalangan netizen antarabangsa.

Baca: Perpustakaan ‘Palsu’ Unik Di China Jadi Tular

Juga: China Bina Ibu Kota Baharu 3 Kali Besar New York

Dan: Reka Bentuk Universiti Ini Dikecam Macam Jamban

Kali ini agensi berita rasmi Xinhua mendedahkan sebatang jalan raya berwarna-warni dengan bentuk bengkang-bengkok telah menarik ramai pelancong ke kawasan perbandaran Chongqing, kira-kira 1,827 kilometer dari Beijing.

Barisan kereta dilihat sanggup berbaris panjang dengan melalui jarak sejauh 185 meter dan selebar lima meter itu dibina menurun sekitar kawasan berbukit daerah Fuling di wilayah yang juga diberi gelaran Three Gorges tersebut.

“Dengan bergerak secara bengkang-bengkok, ia mengingatkan kita kepada permainan lama, ular dan tangga,” kata Yang Xiaoyong, pekerja komunikasi di bandar peranginan Mexine Wine yang terletak bersebelahan jalan itu.

Atas faktor keselamatan semua pengguna ujarnya, setiap pemandu hanya dibenarkan bergerak pada kelajuan lima kilometer sejam, sekali gus dapatlah menikmati panorama unik kawasan tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Chinaular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd