• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China, AS Setuju CoC Laut China Selatan Mula 2018

oleh Ahmad Albab
18/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – China dan Amerika Syarikat bersependapat bahawa rundingan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan perlu dimulakan tahun depan bagi menjamin keamanan dan keselamatan di lautan itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengetengahkan isu mengenai Laut China Selatan pada Sidang Kemuncak ASEAN-China di Manila, Filipina, sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 baru-baru ini.

“Pelaksanaan CoC perlu diteruskan untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan, kebebasan pelayaran dan penerbangan di Laut China Selatan.

“Kita berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini.

CoC merupakan satu dokumen mengenai kod tatalaku negara-negara anggota ASEAN dan China di Laut China Selatan. Ia merupakan satu daripada elemen yang dipersetujui oleh negara-negara ASEAN dan China melalui Deklarasi Tata Laku Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) adalah untuk berusaha ke arah mewujudkan CoC.

Rangka Kerja CoC telah diperakui pada Ogos tahun ini semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.

Sementara itu, Anifah berkata Najib juga mengetengahkan isu berhubung ujian pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara pada Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Manila itu.

Beliau berkata Malaysia berharap republik itu akan kembali ke meja perundingan dan mencegah Pyongyang meneruskan program senjatanya yang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Katanya pemimpin-pemimpin negara yang hadir telah menyuarakan ia adalah isu penting kerana ia akan menggugat keamanan dan kestabilan di rantau ini.

‘Oleh itu, kita berharap Korea Utara menghormati resolusi-resolusi PBB. Kita berharap mereka akan kembali berunding di bawah Rundingan Enam Pihak.
​​​​​​​
“Kita menaruh harapan China dapat mempengaruhi Korea Utara,” katanya.

Sementara itu, Anifah berkata Najib disokong Presiden Indonesia Joko Widodo juga membangkitkan isu diskriminasi oleh Parlimen Eropah ke atas pemasaran kelapa sawit ke pasaran Kesatuan Eropah (EU) pada Sidang Kemuncak ASEAN-EU yang turut dihadiri Presiden EU, Donald Tusk.

Menurutnya, isu kelapa sawit akan menjejaskan lebih 600,000 pekebun kecil di Malaysia manakala di Indonesia terdapat lebih 17.5 juta pekebun kecil yang akan terjejas.

Beliau berkata Presiden EU telah memberi jaminan peribadi beliau untuk meneliti perkara tersebut serta mencari pendekatan yang boleh diambil dalam jangka pendek.

Secara kolektif, Malaysia dan Indonesia menyumbang lebih RM57 bilion pengeluaran minyak sawit global pada tahun lalu.

Pada April lalu, Parlimen Eropah meluluskan satu resolusi yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Ketetapan itu menekankan keperluan pensijilan tunggal pasaran eksport minyak sawit ke Eropah yang perlu dihasilkan secara lestari tanpa melibatkan aktiviti penebangan hutan dan resolusi itu turut melabelkan skim pensijilan sedia ada sebagai tidak memenuhi syarat dan piawaian antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anifah Aman
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bos PNB Jadi Penerima Pertama Myvi Baharu Dibeli

Next Post

Cuit Hati Ucapan Proton Atas Kelahiran ‘Adik Baru’

Related Posts

Anifah Sah Tinggalkan UMNO

19/09/2018
0

KOTA KINABALU - Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan keluar daripada UMNO. Anggota Parlimen Kimanis itu...

Jurutera Ditahan Di UAE Dibebas Hasil Usaha Menteri

18/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Jurutera sivil warga Malaysia, Richard Lau Yi Lok yang ditahan di Penjara Pusat Ras Al Khaimah (RAK)...

Next Post

Cuit Hati Ucapan Proton Atas Kelahiran 'Adik Baru'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd