• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Ditahan Di UAE Dibebas Hasil Usaha Menteri

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jurutera sivil warga Malaysia, Richard Lau Yi Lok yang ditahan di Penjara Pusat Ras Al Khaimah (RAK) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), telah dibebaskan secara ikat jamin pada 4.30 petang semalam waktu tempatan.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata Lau bagaimanapun akan terus berada di UAE bagi mengikuti perbicaraan di mahkamah sehingga kes beliau selesai.

“Pegawai-pegawai Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai telah berada di RAK bagi membantu urusan pembebasan Richard Lau Yi Lok.

“Kerajaan Malaysia menghargai hubungan erat antara Malaysia dan kerajaan UAE dan ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan UAE terutama Kementerian Luar UAE… atas pembebasan Richard Lau Yi Lok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penghargaan serupa turut dinyatakan Anifah kepada Pemerintah Ras Al Khaimah, Kementerian Perundangan UAE, Jabatan Perundangan RAK dan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Abu Dhabi serta Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai.

Anifah seterusnya berkata semangat persaudaraan dan kesepakatan yang telah ditunjukkan oleh kerajaan UAE dalam membantu menyelesaikan masalah melibatkan warganegara Malaysia di negara Timur Tengah itu adalah hasil diplomasi di peringkat tertinggi.

Beliau berkata kerajaan Malaysia sentiasa menitikberatkan kebajikan warganya yang menghadapi masalah di luar negara dan komited dalam memastikan mereka mendapat bantuan konsular yang sewajarnya selaras dengan Konvensyen Vienna berkaitan Hubungan Konsular 1963 (VCCR 1963) dan peruntukan undang-undang tempatan.

Menurut laporan, Lau, 41, dihantar bertugas ke Ras Al Khaimah oleh syarikat pengangkutan marin Malaysia yang berpangkalan di Miri sebagai penyelaras projek di syarikat subsidiarinya di sana lima tahun lepas.

Menurut laporan itu, beliau ditahan susulan aduan dibuat seorang warga UAE yang merupakan rakan kongsi syarikat subsidiari itu, mendakwa beliau mencuri wang gaji.

Aduan itu merujuk kepada sejumlah wang dibayar kepada Lau yang sebenarnya adalah gajinya bagi menjalankan tugasnya seperti diarahkan syarikat induk. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Anifah AmanUAE
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Rusia yang sebelum ini dilaporkan hilang pada Oktober lalu ditemui mati dalam keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd