• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cebisan Badan Dipercayai Mangsa Serangan Buaya

oleh AK-47
07/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAHAD DATU – Cebisan badan dipercayai milik mangsa yang dilaporkan diserang buaya semalam, ditemui di sungai Ladang Sabah Mas, Peringkat 3, kira-kira 70 kilometer dari bandar Lahad Datu, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini, berkata cebisan badan itu ditemui oleh anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kira-kira 10.50 pagi.

Menurut kenyataan itu, cebisan badan dipercayai milik Anuar Sabone, 40, itu ditemui tujuh kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan diserang buaya semalam.

“Cebisan badan ditemui itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat kemudian ditamatkan pada 4.05 petang oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu,” kata kenyataan itu.

Semalam, kira-kira 12.59 tengah hari, mangsa dikatakan ke sungai Ladang Sabah Mas untuk memukat ikan dan dipercayai hilang dibaham buaya, kata saksi yang merupakan anak mangsa sendiri. – BERNAMA

Tags: Buaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

Buaya Sesat Muncul Di Jalan Raya Marina, Miri

02/11/2025
0

Buaya Sesat Muncul di Jalan Raya Marina, Miri   MIRI: Pengguna jalan raya di kawasan Marina Fasa 1 di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd