• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Semua Dron Perlu Kelulusan DCA

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata orang awam yang mengendalikan dron tidak melebihi berat 20 kilogram boleh menerbangkan UAV itu tanpa kelulusan DCA selagi “pengendali berpuas hati bahawa dron dapat diterbangkan dengan selamat.”

“Walau bagaimanapun, semua jenis dron tidak dibenarkan terbang di ruang udara Kelas A, B, C atau G dan di sekitar lapangan terbang melainkan dibenarkan oleh DCA,” katanya dalam klenyataan hari ini ketika mengulas sebuah laporan akhbar berbahasa Inggeris bertajuk ‘Drone Wings To Be Clipped’, semalam.

Menurut artikel itu, DCA sedang menubuhkan sebuah unit penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap pemilik dron yang tidak berdaftar. Unit berkenaan, yang akan ditempatkan di kesemua 21 lapangan terbang di negara ini, dijangka mula beroperasi awal tahun depan.

Artikel itu menyebut unit penguatkuasaan itu diperkenalkan kerana ramai pemilik dron tidak sedar bahawa aktiviti menerbangkan dron di luar rumah mereka adalah haram.

Azharuddin berkata DCA kini sedang menjalani kajian menyeluruh tentang kemungkinan menubuhkan unit penguatkuasaan bagi tujuan keselamatan penerbangan awam serta kemungkinan mendaftar dron jenis tertentu.

“Tidak ada keputusan muktamad dibuat setakat ini dan DCA akan memberikan maklumat terkini dan pengumuman akan dibuat setelah keputusan telah dicapai,” katanya.

Menurut artikel itu, DCA merancang untuk mengetatkan kawalan terhadap aktiviti dron dengan menjadikannya wajib bagi pemilik mendaftarkan peranti tersebut.

Laporan itu juga menyebut DCA mencadangkan yuran pendaftar sekali sebanyak RM800 dan yuran pembaharuan sebanyak RM500 untuk tahun berikutnya untuk pemilik dron.

Azharuddin berkata tiada caj yang dikenakan terhadap semua jenis dron.

“Bagaimanapun, caj mungkin dikenakan pada jenis-jenis dron tertentu atau digunakan untuk tujuan kerja-kerja tinjauan udara bagi menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan khusus,” katanya. – BERNAMA

Tags: dron
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Operasi Selamatkan Lelaki Terjun Ke Laut Digerakkan

Next Post

Duterte Tamatkan Rundingan Rasmi Pemberontak

Related Posts

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

‘Jangan Terbangkan Dron Di Kawasan Kebakaran Gas Putra Heights’ – CAAM

01/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melarang orang ramai menerbangkan dron di sekitar kawasan kebakaran saluran paip gas...

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

Tujuh Kes Cubaan Seludup Dadah Ke Penjara Guna Dron

12/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan tujuh kes cubaan menyeludup dadah menggunakan dron ke dalam penjara seluruh negara,...

Next Post

Duterte Tamatkan Rundingan Rasmi Pemberontak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd