• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Tumpu Gelombang Kedua Bah Di Pantai Timur

oleh AK-47
14/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memberi tumpuan ke kawasan Pantai Timur dalam menghadapi gelombang kedua banjir, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim.

“Selepas negeri di utara, tumpuan kita kini beralih kepada Pantai Timur kerana jika mengikut ramalan cuaca, gelombang kedua lebih kepada negeri di Pantai Timur sebelum bergerak ke selatan serta Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, Pulau Pinang dilanda banjir luar biasa sehingga melumpuhkan sistem infrastruktur di negeri itu serta mengorbankan tujuh nyawa.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan gelombang kedua akan berlaku hingga tamat pertukaran monsun iaitu dalam minggu pertama November, manakala Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menjangkakan ia akan berlaku hingga hujung November berikutan cuaca yang tidak menentu sekarang.

Beliau ditemui pemberita pada majlis perasmian Seminar Kebangsaan Taman Permainan Kakan-Kanak 2017: Pemakaian Standard Malaysia MS 966:2017 dan MS 2665:2017 di sini hari ini.
​​​​​​​
Wan Mohd Nor berkata arahan siap siaga telah dikeluarkan kepada kira-kira 12,000 anggota jabatan itu untuk digerakkan ke lokasi bencana pada bila-bila masa.

Beliau berkata arahan itu merangkumi persediaan peralatan, menyemak prosedur operasi standard berkaitan banjir dan aspek penugasan.

“Tiada arahan pembekuan cuti dibuat ketika ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan penduduk di negeri yang dijangka berhadapan gelombang kedua banjir agar tidak terlalu panik dengan situasi tersebut.

“Kita sedia maklum dengan keadaan cuaca dan pada saya, lebih baik penduduk bersiap sedia dari segi dokumen penting dan sebagainya daripada terlalu panik dengan ramalan kedatangan gelombang kedua banjir.

“Mereka tidak perlu risau dengan perkara lain kerana tempat pemindahan telah ditentukan lebih awal dan segala aspek kebajikan seperti makan dan minum akan dijaga dengan baik oleh pasukan yang ditugaskan di tempat pemindahan itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd