• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbang Pendapatan Tidak Stabil Apabila Bersara Kelak

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kestabilan pendapatan adalah antara perkara penting yang menjadi kerisauan pekerja swasta apabila bersara kelak.

Isu kos sara hidup yang tinggi, keperluan kesihatan dan tanggungan menambah kebimbangan golongan pekerja hari ini.

Seorang kakitangan swasta, Sarinah Mat Kassim, 32, berkata dia sering memikirkan kehidupan selepas bersara meskipun masih panjang lagi tempoh untuk sampai ke arah itu.

“Saban tahun, kos sara hidup meningkat, kesihatan pula tak dapat dijangka. Sekarang kita sihat, akan datang mungkin penyakit datang menjenguk.

“Saya risau kalau-kalau selepas bersara saya terputus duit belanja. Walaupun saya ada mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tetapi saya tak dapat menjangka (wang simpanan) cukup atau tidak untuk menampung saya dan keluarga,” katanya kepada Bernama di sini.

Sarinah, ibu kepada tiga anak, berkata dia merancang untuk memindahkan keseluruhan simpanan dalam akaun KWSP kepada akaun simpanan khas untuk bayaran bulanan, apabila dia bersara kelak.

“Kalau keluarkan secara sekali gus, takut tak pandai urus wang saraan yang banyak, jadi dengan saraan bulanan ni bolehlah saya rancang perbelanjaan dengan lebih teratur,” katanya.

Kakitangan sebuah bank, Nor Azhani Mohamad Yusof, 28, yang berhasrat bergelar jutawan apabila umurnya mencapai 60 tahun, mengambil keputusan untuk membuat pelaburan dalam dana Amanah Saham Bumiputra 2 dan CIMB Islamic Dali Equity Fund selama 20 tahun, menggunakan simpanan Akaun 1 KWSP.

“Sudah dua tahun saya terlibat dalam pelaburan ini dan saya yakin ini juga merupakan satu usaha memastikan kehidupan saya selepas bersara lebih terjamin.

“Selain itu, saya juga merancang untuk menggunakan pendapatan hasil pelaburan ini untuk pendidikan anak-anak dan membangunkan kelas mengaji di sekitar tempat tinggal saya,” katanya.

Nor Azhani berkata keputusan untuk melabur ini turut dipengaruhi rakan sekerjanya yang lebih senior yang menggalakkannya untuk melabur pada usia muda agar senang di hari tua.

“Saya berharap lebih ramai lagi golongan muda melabur dalam dana atau saham yang diiktiraf kerajaan dan tidak mudah terpengaruh dengan pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda dalam tempoh singkat,” katanya mengakhiri perbualan. – BERNAMA

Tags: KWSPpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd