• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bertanding Atau Tak Bergantung Kepada Pengundi

oleh AK-47
27/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini berkata keputusan sama ada beliau bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan ditentukan pengundi di kawasannya.

“Kalau PM (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) beritahu you (awak) bertanding, saya akan semak dahulu jika pengundi nak…jika (mereka) nak, saya bertanding.

“Tapi kalau PM tak nak dan saya semak dan dapati pengundi nak (saya bertanding), saya akan kata tak, pengundi masih mahu saya,” katanya di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini.

Adnan berkata keputusan itu bukan bermakna beliau sudah ‘penat’ namun beliau telah melalui pelbagai perkara dalam karier politiknya sejak 31 tahun lalu dengan 19 tahun daripadanya bergelar menteri besar.

Beliau berkata demikian semasa mencelah pada sesi penggulungan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak yang kemudiannya menyatakan sokongan kepada Adnan untuk terus bertanding.

Adnan yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pelangai bagaimanapun membalas dengan berkata ada eloknya juga jika beliau tidak bertanding kerana memberi peluang kepada orang lain yang berhasrat menjadi menteri besar.

Isu bertanding timbul selepas Mohd Soffi disoal beberapa kali oleh ADUN Semambu Lee Chean Chung daripada PKR
berhubung isu politik matang yang menurutnya menjadi amalan di negara luar termasuk dalam pemberian bantuan.

Lee membangkitkan jika kerajaan negeri boleh memberikan peruntukan kepada ADUN pembangkang, walaupun pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang iaitu Barisan Nasional (BN) tidak mengambil peruntukan yang ditawarkan kepada mereka.

Menjawab soalan itu, Adnan berkata beliau tetap memberi bantuan kepada permohonan yang dikemukakan pembangkang walaupun tiada peruntukan khas diberikan, malah menandatangani banyak surat permohonan setiap minggu.

Sebagai contoh, Adnan merujuk kepada permohonan Syed Hamid Syed Mohamed (PAN-Semantan) berhubung bantuan kewangan untuk penduduk yang menghidap penyakit kronik apabila surat itu dikemukakan kepadanya sebelum persidangan hari ini bermula.

“Bukan kita tak nak beri (peruntukan) tapi di Selangor dan Pulau Pinang pun, pembangkang tidak terima. Kalau pembangkang sana tak mahu terima, tak akan pembangkang di sini nak terima? Saya sebenarnya jaga maruah pembangkang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adnan Yaakob Calon Sesuai Sebagai MB Pahang

13/05/2018
0

KUANTAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dilihat calon paling sesuai dilantik sebagai Menteri Besar berdasarkan...

Pelantikan MB Pahang Selepas Perkenan Istana

10/05/2018
0

BENTONG - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini, berkata pelantikan Menteri Besar Pahang akan ditentukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd