• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bercinta Isteri Orang, Lelaki Diculik Dan Dibunuh

oleh AK-47
13/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Angkara menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang, seorang lelaki diculik sebelum dibunuh sekumpulan lelaki termasuk suami teman wanitanya.

Bukan itu sahaja, mayat lelaki terbabit yang juga pemilik kedai cuci kereta ditemui tertanam di sebuah tanah perkuburan bukan Islam berhampiran Ladang Sega Siliau, kelmarin.

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui selepas anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menggali semula ‘kubur’ berkenaan, kira-kira jam 6 petang.

Suspek yang ditahan sejak minggu lalu bagi membantu siasatan kes penculikan mangsa kemudian membawa polis ke lokasi di mana mayat lelaki itu ditanam kira-kira jam 5 petang.

Menurut sumber yang dipetik Sinar Harian, mangsa dibunuh dengan kejam oleh kumpulan gengster yang menculiknya pada 13 September lalu dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan teman wanita mangsa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, isteri suspek dipercayai telah menjalin hubungan cinta dengan mangsa secara senyap-senyap.

“Cinta tiga segi itu bagaimanapun dapat dihidu suspek yang berusia 29 tahun, sebelum dia bertindak luar kawalan dengan menculik dan bunuh mangsa sebelum ditanam.

“Isteri suspek juga telah ditahan dan siasatan kini masih dijalankan,” katanya.

Sementara itu menurut kenyataan bapa saudara mangsa, anak saudaranya itu diculik tiga lelaki yang menggunakan sebuah kereta Honda City dari premis milik mendiang di Ampangan, Seremban.

Membuatkan ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Sikamat pada keesokan hari.

“Keluarga juga pernah cuba menghubunginya berulang kali tetapi gagal, malah usaha mengesan mendiang juga menemui jalan buntu.

“Berikutan kehilangannya juga, kami sekeluarga meraikan Deepavali pada 18 Oktober lalu dalam suasana sedih kerana bimbang memikirkan keselamatannya,” katanya dipetik Harian Metro.

Selepas lebih sebulan kehilangan mangsa, keluarganya mendapat maklumat mengatakan mendiang diculik kumpulan gengster lalu membuat laporan polis sekali lagi bagi memaklumkan kejadian itu.

Susulan laporan itu, polis menahan seorang lelaki yang dipercayai dapat membantu kes berkenaan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: isteri orangkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd