• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Maafkan Wanita Yang Sebabkan Anaknya Terbunuh

oleh Ahmad Albab
10/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki yang maut, selepas sebuah kereta dipandu wanita merempuh bangunan sekolah di Sydney, berkata beliau telah memaafkan pemandu terbabit, lapor agensi berita China Xinhua.

Jihad Darwiche, berusia lapan tahun dan rakan baiknya meninggal dunia, selepas kenderaan Utiliti Sukan (SUV), merempuh bilik darjah di sebuah sekolah di pinggir bandar, barat Sydney pada Selasa.

Maha Al-Shennag, 52, yang anaknya juga bersekolah di sekolah yang sama dengan mangsa, didakwa kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian.

Pihak berkuasa percaya kemalangan tiada kaitan dengan pengambilan dadah atau alkohol.

Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial pada Jumaat, bapa Jihad berkata, beliau memaafkan Al-Shennag dan mempelawanya untuk “makan bersama dengan keluarganya”

Video itu dirakamkan ketika dalam perjalanan ke upacara pengkebumian pada Khamis.

Mesej Darwiche yang terjemahkan dari bahasa Arab ke bahasa Inggeris, antara lain mengatakan “ancaman yang diterima wanita berkenaan bukan daripada keluarga kami.

Kami tidak akan berbuat perkara seperti itu, terhadap orang lain yang dianggap seperti saudara. Kami maafkan di atas apa yang terjadi”.

Media Australia melaporkan lebih 300 orang menghadiri upacara pengebumian di masjid Lakemba, yang terletak kira-kira 2.8 kilometer dari lokasi kejadian.

Tiga murid perempuan turut mengalami kecederaan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal, tetapi dijangka akan pulih sepenuhnya.

Keluarga Darwiche berkata, mereka ingin bertemu dengan Al-Shennag untuk menyatakan kemaafan secara peribadi. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd