• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Lebih 1,000 Mangsa Dapat Rawatan

oleh AK-47
16/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 mangsa mendapat rawatan berikutan bencana banjir yang melanda Pulau Pinang sejak tiga minggu lalu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Selain itu, katanya, tiada peningkatan kes tertentu yang boleh dikaitkan dengan bencana itu.

“Kebanyakan kemudahan kesihatan di Pulau Pinang sudah boleh digunakan seperti biasa. Namun, sebuah klinik desa di Kepala Batas masih belum berfungsi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Mesra Deepavali anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan; Pemangku Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri S.K. Devamany; Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie serta Anggota Lembaga Pengarah TNB, Datuk A. Sakthivel.

Seramai 250 penerima daripada tujuh persatuan kebajikan mendapat sumbangan wang tunai daripada TNB pada acara tahunan yang disambut penuh meriah itu.

Sementara itu, Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC berkata parti berkenaan sudah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang bakal menyaksikan MIC mempertaruhkan 50 hingga 60 peratus calon baharu.

“Kita telah kita kenal pasti calon dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun sudah diberi senarai calon itu.

“Setiap kawasan kita ada tiga hingga empat calon dan mereka perlu melalui saringan terlebih dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Konsultan Wanita Perdaya Pakej Umrah Tak Wujud

Next Post

NAFAS Sedia Tawar Peluang Pekerjaan Kepada Belia

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

Next Post

NAFAS Sedia Tawar Peluang Pekerjaan Kepada Belia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd